Harapan...

Khamis, Januari 27, 2011

BERITA YANG MENGGEMPARKAN PASIR GAJAH 2010


KUALA TERENGGANU – Pada 14/6/2010 telah berlaku satu kejadian bunuh yang melibatkan mangsa seorang lelaki Melayu. Tiga individu yang menjadi suspek utama masih menghilangkan diri. Kata, K Manoharan Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Terengganu.

Hasil daripada siasatan, pada 14/6/2010 jam Lebih kurang 2.00 pagi, mangsa mendapat panggilan telefon daripada seorang perempuan (Intan Nazridah Binti Abdul Rahman) yang baru di kenalinya meminta mangsa supaya datang untuk mengambilnya di sebuah pondok di kebun buah-buahan Batu 10, Jalan Air putih, Pasir Gajah, Kemaman, Terengganu dipercayai perempuan tersebut telah bergaduh dengan teman lelakinya (Nik Mustapfa Bin nik Hasan).

Mangsa tidak mengetahui lokasi sebenar pondok tersebut. Kemudian adik kepada perempuan tersebut (Mohd Redzuan Hafiz Bin Abdul Rahman) telah membawa mangsa untuk menunjukkan lokasi pondok tersebut. Apabila mangsa telah pergi ke pondok tersebut didapati mangsa tidak lagi pulang ke rumahnya sehinggalah usaha mencari mangsa dijalankan dan mana mangsa dijumpai mati di bunuh di Pondok tersebut. Dalam masa yang sama, perempuan, teman lelakinya dan adik perempuan itu telah menghilangkan diri selepas kejadian tersebut sehingga ke hari ini.

Memandangkan mereka bertiga adalah orang terakhir yang bertemu dengan mangsa, pihak polis mengharapkan kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan ketiga-tiga individu tersebut bagi membantu siasatan pihak polis

Tiada ulasan: