Harapan...

Khamis, Mei 31, 2012

PELAWAT "MAT SALLEH" MELIHAT TUNTUNG DILEPASKAN DI SUNGAI PASIR GAJAH

 Cik Chen memberi penerangan berkaitan tuntung
 Dari atas Rumah Jambi
 Pelawat bertanya soalan berkaitan tuntung
 Berhati-hati....memegang anak tuntung
 Chen menunjukkan gambar cara pemeliharaan anak tuntung di Pasir Gajah
 Pelayar Antarabangsa melepaskan anak tuntung
 Bersama penduduk kampung
Selesai.....ditebing Sungai Kg Laut Pasir Gajah

Pada 31 Mei 2012,22 orang pelancong yang terdiri dari Pelayar Kapal Antarabangsa telah berpeluang merasai sendiri melepaskan hidupan yang dijaga iaitu TUNTUNG di Sungai Kg Laut Pasir Gajah.Sebanyak 40 ekor anak tuntung telah disediakan oleh En Wazir bersama Cik Chen untuk meraikan kehadiran Pelayar dikalangan "Mat Salleh" ke Pasir Gajah.

Pelayar ini telah dibawa ke pasir sungai untuk melepaskan anak tuntung ini bersama Cik Chen dan Pengerusi JKKK Tn Hj Mohd Nor Jusoh serta penduduk kampung yang lain.Penulis sempat bersama dari jam 11.00 pagi hingga 1130 pagi sebelum mereka ini berangkat pulang ke destinasi yang lain pula.

PELAWAT DARI PELAYAR ANTARABANGSA MELAWAT RUMAH JAMBI

 Baru tiba dengan bas Pejabat Daerah Kemaman
 Disambut oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi JKKK
 Aluan dari Pasukan Kompang Pasir Gajah
 Penerima penerangan dari Pegawai pelancongan tentang Rumah Jambi
 Fokas.......seorang pelayar meninjau dari atas rumah
 Bergambar beramai-ramai di Rumah Jambi
Penerangan terakhir tentang cara pembinaan Rumah Jambi

Pada 31 Mei 2012,Khamis jam 1000 pagi,seramai 22 orang dari Kelab Pelayar Kapallayar Antarabangsa telah singgah untuk melihat sendiri Rumah Jambi yang terdapat di Pasir Gajah.Pelayar ini telah hadir dengan sebuah bas milik Kerajaan Negeri Terengganu {Pejabat Daerah Kemaman} pada jam 100 pagi dan disambut dengan paluan kompang Titian Budaya Pasir Gajah.Kehadiran ahli rombongan ini disambut oleh Pengerusi JKKK pasir Gajah Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh bersama En Mustafa dan Cikgu Zaik serta beberapa orang AJK JKKK lain.
SU,Pengerusi bersama penduduk kampung dan ahli kelab Peklayar Antarabangsa

Pelayar ini telah dibawa meninjau keadaan rumah tersebut dan telah diberi penerangan oleh Pegawai Pelancongan berkaitan peristiwa pembinaan rumah jambi tersebut.Penulis sempat bergambar beramai-ramai dengan para pelayar ini.

Selasa, Mei 29, 2012

LEPAS TUNTUNG: SUASANA MERIAH DI PASIR GAJAH


Celebrating World Turtle Day in Kemaman, Terengganu

On Saturday, 19th May 2012, we celebrated World Turtle Day in a village in Kemaman, Terengganu, Malaysia. It wasn’t just another event, and it certainly wasn’t just another village.
In fact, a total of 200 one-month-old river terrapin hatchlings (Batagur affinis) were released into the river an inaugural World Turtle Day celebration in Kemaman, which was attended by about 100 villagers and visitors. These hatchlings were hatched from the River Terrapin Conservation Project carried out jointly by the Department of Wildlife and National Parks (Perhilitan), TCS and the Village Development and Security Committee. As a result of the project, more than 1,200 river terrapin eggs were secured for incubation, of which more than 650 hatchlings have emerged. The remaining eggs are still undergoing incubation, and are expected to hatch by the end of May 2012.
Before the release event, participants of the Turtle Discovery Trip were briefed about the research and conservation project that TCS is carrying out in the Kemaman River, the status of these river terrapins as well as the threats that they face in and outside of the river.
After the briefing, we were all invited to some refreshments that were prepared by Wazir’s wife and daughter, Nurul. There were fried noodles, fish crackers, green bean soup, jelly and iced syrup.
At about 5:20 pm, a lorry arrived at Wazir’s house to transport the terrapin hatchlings to the river bank, about 1 km from his house. At the river bank, the adults and kids couldn’t take their eyes off the hatchlings and immediately everybody went into photo-taking mode. At about 6 pm, we released all 200 hatchlings into the Kemaman River.
We would like to thank Haji Mohd. Nor, the Village Headman, and En. Zaik, the Committee Secretary for arranging for a lorry to transport the river terrapin hatchlings to the river bank; as well as to Wazir and his family for preparing some not-very-light refreshments for us (there were a lot of food!).
Special thanks also go to our friends who made the trip from KL, i.e. Gerald, Jaclyn, Melanie, Marcus, Sze Ching, Jenny, Charmaine, Pui See, Martha and family, Jessy and family and Lim; Wee, who came from Kuala Terengganu; and Pelf’s Mum who came from Melaka.
Photo credit: Wee Seng Whatt.
More pictures of the celebration can be found on the TCS Facebook page as we share albums uploaded by our friends from KL.

Sabtu, Mei 26, 2012

PERNIKAHAN DI MASJID PASIR GAJAH: ANAK ABDULLAH BIN OMAR ,AJK JKKK SELAMAT DIJALANKAN

 Persediaan untuk pernikahah...
 Pengantin perempuan...Nazura bt Abdullah
 Pengantin lelaki...Firdaus mendengar penerangan dari Jurunikah
 En Abdullah Omar bersama rakan dari Pasir Gajah
 Rakan dari Pasir Gajah.....
Selesai menjawab nikah...bacaan doa

Pada 26 Mei 2012,Sabtu,penulis sempat bersama AJK Masjid Pasir Gajah dan khariah masjid serta beberapa orang JKKK dan penduduk kampung menghadiri satu majlis pernikahan anak kepada JK Masjid yang juga AJK JKKK Pasir Gajah iaitu En Abdullah Omar.Penulis merasakan inilah nikmat yang ALLAH berikan kepada keamanan yang dirasai oleh RAKYAT yang tinggal di Malaysia  yang mana  MASIJD telah digunakan sebagai tempat melangsungkan pernikahan selain dari tempat bersolat.

Hari ini,Masjid Pasir Gajah telah menjadi saksi pernikanan anak En Abdullah bin Omar,AJK JKKK Pasir Gajah  iaitu Nazura bt Abdullah dengan pasangannya iaitu Ahmad Firdaus bin Harun dari Bukit Rambai,Melaka pada pukul 930 pagi .Dengan sekali lafaz,dengan disaksikan oleh teman-teman ayah penganting wanita,kedua mempelai selamat diijabkabulkan.Majlis selrsai jam 10.10 pagi.

Antara yang hadir ialah Tn Hj Mohd Nor Jusoh,Ketua Kampung Pasir Gajah,Tn Hj Yusof bin Kamaruddin,Iman 1 Masjid Pasir Gajah,En Mustafa Muda,Pengerusi JK Masjid Pasir Gajah,Cikgu Mat Zaik bin Mohd Yusof,SU JKKK Pasir Gajah serta beberapa orang lagi.Penulis doakan banyak lagi majlis yang murni dapat dijalankan di masjid ini.

Isnin, Mei 21, 2012

PENDUDUK PASIR GAJAH ISI BORANG DANA 2012

Pakat isi borang...ralek sungguh
Che Wan Muda...dok perati orang isi borang macamana
Kaum ibu dok ketinggalan isi borang
Tulis atas bonet kereta pun kira aci
Borang cukup ke dok...ambe nok sela
Tolong semok sikit....siap doh isi ......
Tolong isi kat orang...baik sungguh AJK ni
 Kita semok dulu...jangan balik lagi
 Petugas dari kalangan ajk JKKK
Nulis atas meja ...duduk atas sofa...kang selesa tuuuu

Pada 20 Mei 2012,Ahad malam Isnin,JKKK dan UMNO Cawanngan Pasir Gajah sekali lagi diberi tanggungjawab untuk menolong rakyat dan penduduk Pasir Gajah mengisi borang DANA raya yang disumbangkan oleh kerajaan BN/UMNO Terengganu yang diadakan di Dewan Orang Ramai.

Sebanyak 300 keping borang terdiri dari borang Warga Emas,Berpendapatan rendah,ibu tunggal dan OKU telah disediakan untuk RAKYAT Pasir Gajah yang menyokong BN.Malam ini ramai yang hadir dengan harapan untuk menyatakan sokongan terhadap BN apabila pengerusi memaklumkan inilah harapan kerajaan BN agar terus kekal menyokong BN untuk memastikan KEBAJIKAN Rakyat terbela.

Penulis doakan agar penduduk yang selama ini tidak menyokong BN terbuka hati apabila menerima sumbangan nanti untuk menyokong BN,memandangkan penulis dapati ada ramai juga dikalangan yang selama ini tidak menyetujui BN hadir .

Dianggarkan lebih dari 300 orang hadir untuk mengisi borang ini yang mana dimulakan jam 930 malam dan berakhir jam 1130 malam.

Sabtu, Mei 19, 2012

LEPAS TUNTUNG BERSAMA CIK CHEN: RAMAI YANG HADIR

Lori membawa anak tuntung...
Pengerusi JKKK melihat anak tuntung
Kpl Edris turut serta melihat Pok Pa memegang anak tuntung
Rakan-rakan Chen dari KL baru tiba 
Melihat anak tuntung di dalam bekas
Ambil gambar anak tuntung
Kanak-kanak pegang tuntung
Semua yang hadir di hadapn banner
AJK JKKK  yang hadir
Cik Chen bersama rakan dari KL 

Pada 19 Mei 2012,Petang Sabtu jam 500 ptg ,JKKK Pasir Gajah bersama Geng Tuntung Pasir Gajah dan Persatuan Penyelamat Tuntung telah melakukan pelepasan 200 ekor anak tuntung di Sungai Kg Laut Pasir Gajah.Turut hadir ialah Cik Chen yang menguruskan Projek Penternakan Tuntung dan rakan-rakan beliau dari Kuala Lumpur seramai hampir 5 buah kereta.Ini dilakukan sempena Hari Tuntung Sedunia.

Penulis dapati ramai yang hadir pada petang ini untuk turut serta melepaskan anak tuntung yang kecil dan senang dipegang itu.Anaktuntung ini telah dipasang cip bagi mengetahui pergerakan anak tuntung itu.Pengerusi JKKK Tn Hj Mohd Nor  dan Timb Pengerusi JKKK En Mustafa serta beberapa ajk JKKK lain turut serta bersama ramai penduduk kampung.

Geng Tuntung yang terdiri dari Wazir,Dollah,Din,Nasir dan beberapa rang lagi turut ada di tepi pasir Sungai Kg Laut Pasir Gajah.Anak tuntung ini dibiarkan merangkak digigi air dan menyelam di dalam sungai.