Harapan...

Sabtu, Mei 19, 2012

LEPAS TUNTUNG BERSAMA CIK CHEN: RAMAI YANG HADIR

Lori membawa anak tuntung...
Pengerusi JKKK melihat anak tuntung
Kpl Edris turut serta melihat Pok Pa memegang anak tuntung
Rakan-rakan Chen dari KL baru tiba 
Melihat anak tuntung di dalam bekas
Ambil gambar anak tuntung
Kanak-kanak pegang tuntung
Semua yang hadir di hadapn banner
AJK JKKK  yang hadir
Cik Chen bersama rakan dari KL 

Pada 19 Mei 2012,Petang Sabtu jam 500 ptg ,JKKK Pasir Gajah bersama Geng Tuntung Pasir Gajah dan Persatuan Penyelamat Tuntung telah melakukan pelepasan 200 ekor anak tuntung di Sungai Kg Laut Pasir Gajah.Turut hadir ialah Cik Chen yang menguruskan Projek Penternakan Tuntung dan rakan-rakan beliau dari Kuala Lumpur seramai hampir 5 buah kereta.Ini dilakukan sempena Hari Tuntung Sedunia.

Penulis dapati ramai yang hadir pada petang ini untuk turut serta melepaskan anak tuntung yang kecil dan senang dipegang itu.Anaktuntung ini telah dipasang cip bagi mengetahui pergerakan anak tuntung itu.Pengerusi JKKK Tn Hj Mohd Nor  dan Timb Pengerusi JKKK En Mustafa serta beberapa ajk JKKK lain turut serta bersama ramai penduduk kampung.

Geng Tuntung yang terdiri dari Wazir,Dollah,Din,Nasir dan beberapa rang lagi turut ada di tepi pasir Sungai Kg Laut Pasir Gajah.Anak tuntung ini dibiarkan merangkak digigi air dan menyelam di dalam sungai.

1 ulasan:

pelf berkata...

Sekali lagi, saya mewakili Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura-Kura dan Penyu Malaysia (TCS) mengucapkan ribuan terima kasih kepada Haji Mohd. Nor, En. Zaik dan seluruh warga Kg. Pasir Gajah kerana turut hadir dan memeriahkan lagi majlis pelepasan tuntung tersebut.

Seperti biasa, saya berasa amat bangga dan terharu dengan penglibatan penduduk setempat dalam bersama-sama memelihara dan memulihara tuntung sungai di Kemaman.

Kami semua berharap Kg. Pasir Gajah boleh menjadi "kampung contoh" dalam usaha-usaha pemuliharaan tuntung sungai di Terengganu dan Malaysia!

Syabas!

Ikhlas,
Chen