Harapan...

Jumaat, Jun 21, 2013

JKKK PASIR GAJAH MERAIKAN PETUGAS SEMASA BANJIR DI RESTORAN BANGKOK KITCHEN GELIGA

Jemputan mengambil tempat duduk
Tempat duduk di hujung mula penuh.....
Dari kanan..Rizal,Mail,Zaik,Pak Mat,Salim dan Osman
Menunggu jemutan hadir penuh
Makanan dan tersedia .......
Ada lagi tempat duduk niiiii....
Pengerusi menyampaikan ucapan ringkas
Menyampaikan sumbangan
Saudara Mat Ludin menerima sumbangan
Mula makan.....Afzalizam
Dah nak habis niiiiii
Sebahagian yang sempat bergambar

Pada 19 Jun 2013,Rabu malam Khamis,JKKK Pasir Gajah telah mengadakan Majlis Jamuan Meraikan Para Petugas Semasa Banjir 2012 yang lalu di Restoran Bangkok Kitchen Geliga Kemaman.Majlis yang dihadiri oleh 40 orang petugas yang membantu JKKK semasa memindahkan mangsa banjir lalu bersama AJK JKKK dan GDW Pasir Gajah.

Dalam majlis ini,hadir sama ialah Pengerusi JKKK pasir Gajah Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh,Timbalan Ketua UMNo Cawangan Pasir Gajah,Saudara Badrulhisyam bin Jusoh,SU JKKK En Mat Zaik Mohd Yusof,Ketua Pemuda Saudara Samsul bin Hamid dan AJK JKKK serta GDW.

Dalam Ucapan ringkas,Ketua Kampung Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada semua petugas yang membantu JKKK semasa musim banjir yang lalu.Kerjasama ini mencerminkan bahawa JKKK dan masyarakat sentiasa berpadu untuk kesejahteraan penduduk Pasir Gajah.

Majlis yang bermula jam 900 malam berakhir jam 1030 malam.

Tiada ulasan: