Harapan...

Sabtu, Jun 30, 2012

MAJLIS MUNAJAT OLIMPIK 2012 DI MASJID PASIR GAJAH

Banner program dari JKKK dan JK Masjid Pasir Gajah
 Khemah untuk jamuan
 En Othman Hitam,Khairul Anuar dan ayahnya En Mohd din Said

 Ybhg Dato Seri Zolkples Embong bersama membaca yassin
 Antara ang hadir dari MSN
 Jemaah wanita turut serta
 Pengerusi JKKK bersama Pengerusi Masjid
  Dato Seri Ketua Pengarah MSN
 En Mustafa Muda menerima cenderahati
 Khairul Anuar bewrsalam dengan jemaah
 Ybhg En Abd Rashid Yaakub makan bersama tetamu
 Jemaah 0rang kampung
 Bersama athelik dan Ketua Pengarah MSN
Gambar kenangan bersama Ketua Pengarah MSN

Pada 28 JUN 2012,Khamis malam Jumaat,Majlis Sukan Negara bersama JKKK dan JK Masjid Pasir Gajah telah mengadakan Program Munajat Olimpik 2012.Program yang bertujuan memohon kepada ALLAH kejayaan memenangi pingat emas di Olimpik LONDON 2012 di pilih diadakan di Pasir Gajah  memandangkan disinilah tempat kelahiran Pemanah Negara iaitu KHAIRUL ANUAR BIN MOHAMAD yang mewakili Malaysia dalam OLIMPIK 2012 di LONDON pada Julai nanti.Selain itu ianya juga bagi meraikan athelik Lumba Basikal Negara yang berasal dari Kemaman iaitu Mohd Adiq Husaini bin Othman dan Athelik paralimpik lawan pedang dari Kemaman iaitu  Abd Rahman Razali.

Turut hadir pada malam ini ialah Dato Seri Zolkples bin Embong,Ketua Pengaeah MSN bersama Ybhg En Ab Rashid Yaakub,Pengaeah Khidmat Pengurusan MSN serta Dato Abd Hamid,SU Kehormat Lumba Basikal bersama Pen Pegawai Daerah Kemaman En Mohd Saiful Mohd Nor dan pegawai dari MSN.

Dalam majlis ini,diadakan solat maghrib berjemaah,bacaan yassin,tahlil solat isyak dan solat hajat yang dipimpim oleh Imam Abas bin Taib dan Imam Tn Hj Yusof bin Kamaruddin.Turut berada dalam majlis ini ialah Pengerusi JKKK Pasir Gajah iaitu Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh bersama Pengerusi JK Masjid iaitu En Mustafa bin Muda.Majlis yang dipengerusikan oleh Cikgu Zaik selaku Timbalan Pengerusi JK Masjid Pasir Gajah kemudiannya mempersilakan Ybhg Dato Seri Zolkples bin Embong menyampaikan cenderahati kepada Pen Pegawai Daerah dan Pengerusi Masjid.

Selesai solat,majlis jamuan pula disediakan untuk hampir 300 orang tetamu yang hadir yang terdiri dari JKKK kampung berhampiran,rombongan dari MSN,dif jemputan bersama orang kampung.JK Masjid mengucapkan berbanyak terima kasih kepada MSN aas pemilihan Pasir Gajah sebagai kampung ke 8 menjayakan program yang cukup murni ini.

Tiada ulasan: