Harapan...

Khamis, Jun 28, 2012

TERIMA KASIH KERAJAAN BN: JKKK USAHAKAN JALAN BARU KE RUMAH MURAH PASIR GAJAH

 Jentera sedang meledelkan jalan tar yang baru
 Nampak lebih selesa.....jalan tar baru...
 Jalan masuk ke rumah murah
 Sama kita jaga jalan ini
Kerja pembinaan sedang berjalan
Yono,Tn Hj Mohd Nor dan Othman Hitam meninjau jalan yang siap dibina

Pada 28 JUN 2012,Khamis ,penulis sempat meninjau pembinaan jalan tar yang baru bagi jalan masuk ke rumah murah yang selama ini telah rosak .Jalan ini rosak disebabkan ianya dilalui oleh kenderaan berat yang melebihi had keupayaan tahan jalan ini.JKKK dibawah kepimpinan Tn Hj Mohd Nor Jusoh dalam mesyuaratnya telah membuat permohonan pembinaan semula jalan ini untuk memberi kemudahan kepada penghuni rumah murah dan juga jalan utama ke Dewan Orang Ramai dan Masjid Pasir Gajah.

Dengan pembinaan jalan ini,ianya merupakan NIKMAT kita selama bertahun-tahun menyokong kerajaan BN...yang hanya memikirkan untuk berbakti kepada RAKYAT melalui mata dan telingan kerajaan iaitu JKKK.

Penulis sentiasa berharap agar jalan ini dapat memberi khidmat yang lebih lama,yang mana pemandu yang membawa muatan melebihi had pula memahami dan tidak lagi menggunakan jalan ini untuk membawa kenderaan ke kawasan rumah murah kerana ianya pasti aakan merosakkan semula jalan ini dan membangkitkan rasa kurang senang penghuni Rumah Murah nanti.

Sama-samalah kita memghormati hak kita,kita jaga kemudahan ita,jangan kita fikirkan diri kita sahaja,namun kita fikirkan dan jagalah ianya sebagai hak kita bersama.Kita sama-sama jadikan slogan...JALAN UNTUK SEMUA....KITA PAKAT JAGA BELAKA......JANGAN BAGI ROSAK PULA....SUSAH KITA.


Tiada ulasan: