Harapan...

Sabtu, Jun 16, 2012

MESYUARAT JK MASJID PASIR GAJAH KALI KE DUA 2012

 AJK yang hadir
 Penasihat dan Pengerusi JK Masjid
 Timbalan Pengerusi bersama Penasihat dan Pengerusi JK Masjid
AJK En Zamri dan Bilal Ahmad bin Jaafar

Pada 16 Jun 2012,Sabtu malam Ahad,JK Masjid pasir Gajah telah mengadakan mesyuarat bulanan kali kedua.Turut hadir ialah Penasihat JK Masjid iaiatu Ketua kampung Pasir Gajah,Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh.

Mesyuarat dipengerusikan oleh En Mustafa bin Muda,Pengerusi JK Masjid.AJk lain yang hadir ialah Timbalan Pengerusi En mat Zaik bin Mohd Yusof,AJK terdiri dari En Ibrahim,En Mohamad bin Said,En Zamri,En Ahmad Tajuddin,En Halim bin Yusof,En Abd Rahman bin Ahmad,En Osman bin Hitam,Hj Othman bin Md Yusoff,Pn Hjh Rahyati Md Noor dan Pn Zainun Yusof .

Malam ini perbincangan berkisar tentang persediaan mengadakan program Solat hajat Olimpik bagi memohon doa kepada Allah agar Malaysia mencapai kejayaan memperolehi pingat emas.Mesyuarat  twlah mencapai kata sepakat dan akan menanti tarikh yang telah ditetapkan iaitu pada 28 JUN 2012.Mesyuarat berakhir jam 1015 malam.

Tiada ulasan: