Harapan...

Rabu, Disember 24, 2008

SEJARAH KAMPUNG PASIR GAJAH

Hanya Papan Tanda Menggambarkan anda sudah tiba di kampung ini
Pengasas kampung Pasir Gajah YM Engku Hj Mahmud b Engku Abu Bakar

Antara peneraju JKKK yang berusaha menaikkan imej Pasir Gajah





Sejarah Kampung Pasir Gajah

Kampung Pasir Gajah begitulah nama kampung bertuah ini.Asal ceritanya kampung ini mendapat nama dari penemuan sekumpulan gajah yang sering bermain di pasir sungai.Melihat kepada situasi itu,maka menjadi berkenan pula untuk menamakan kampung ini kampung Pasir Gajah iaitu gabungan suatu benda yang halus dan binatang yang paling besar.

Dari lagenda penduduk setempat,kampung ini mula dibuka pada tahun 1921 oleh seorang berketurunan Jambi,Sumatera,Indonesia iaitu Engku Haji Mahmud bin Engku Abu Bakar bersama dengan pengikut-pengikutnya .

Kampung ini dikategorikan sebagai sebuah kampung tradisional yang meliputi kawasan seluas 1,387 hektar di dalam kawasan Mukim Pasir Semut, Kemaman di dalam Wilayah Ketengah. Jaraknya dari Bandar Cukai ialah lebih kurang 15.5 kilometer. Kampung ini terdiri dari 5 gugusan kampung lain iaitu Kampung Tanah Lot,Kampung Hilir,Kampung Hulu,Kampung Laut dan kampung Batu 10.

Berdasarkan data bancian sosioekonomi 2007,jumlah penduduk kampung ini ialah seramai 1571 orang yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat iaitu dari petani hinggalah kepada kakitangan kerajaan dan juga swasta.

Di kampung ini juga turut disediakan berbagai kemudahan awam seperti balairaya,masjid, surau, sekolah kebangsaan,klinik desa,balai polis, perpustakaan desa,dewan orang ramai,pusat E-komuniti ,pondok telefon,padang permainan kanak-kanak,kedai perniagaan JKKK serta jalinan sistem jalanraya yang baik.

Hari ini,kampung Pasir Gajah yang dipimpin oleh Ketua Kampung Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh,telah mula bertukar wajah di mana penekanan dalam aspek pembangunan,sosial dan ekonomi diberi perhatian oleh GDW dan JKKK sejak tahun 2000 lagi. Kampung ini kini mempunyai tambahan rumah murah sebanyak 150 unit ,4 unit kedai baru,sebuah masjid yang baru yang mana ianya bakal menyaksikan pertumbuhan pembangunan Pasir Gajah.

Tiada ulasan: