Harapan...

Rabu, Julai 31, 2013

JEMAAH MASJID PASIR GAJAH BERTARAWIKH DENGAN IMAM TARAWIKH DARI MEKKAH

 Bersedia untuk bersolat tarawikh
 Jemaah bersama Imam Mahmood menunaikan Tarawikh
Selesai solat...bersalaman
 Menikmati juadah
 YB Hj Wan Hakim hadir sama
 Pengerusi Masjid En Mustafa bersama menikmati juadah
 Ketua Kampung,Tn Hj Mohd Nor ada bersama
Gambar bersama Imam Mahmood

Pada 28,29 dan 30 Julai,Jemaah Masjid Pasir Gajah berpeluang menunaikan solat Isyak dan tarawikh dengan imam yang disediakan oleh Pejabat agama Daerah Kemaman yang didatangkan khas dari Mekkah.

Imam Mahmood dari Mekkah yang berusia 26 tahun ini adalah merupakan imam yang disediakan oleh Kerajaan BN /UMNO Negeri Terengganu sempena bulan ramadhan.Masjid Pasir Gajah adalah merupakan salah satu destinasi kunjungan imam ini.

Hampir 150 orang jemaah hadir bersolat isyak dan tarawikh bersama imam dari Mekkah ini.Turut serta pada malam terakhir iaitu malam 30 Julai ialah YB Tn Hj Wan Abdul Hakim bin Wan Mokhtar.

JK Masjid telah meraikan kehadiran beliau dengan juadah morel yang berbentuk tradisional untuk dinikmati oleh tetamu bersama imam Mahmood apabila selesai solat tarawikh.Pada malam terakhir,imam Mahmood telah mengucapkan terima kasih atas layanan yang baik yang diberikan oleh JK Masjid Pasir Gajah.

Sabtu, Julai 27, 2013

4 JAWATANKUASA UMNO CAWANGAN HADIR DI PERASMIAN BERKELOMPOK PERSIDANGAN AGONG UMNO 2013

 Banner majlis perasmian berkelompok
 Harun bersama Tn Hj Mohd Nor dari UMNO Pasir Gajah
 SU UMNO Pasir Gajah {kiri}bersama Harun 
 YAB MB sedang berucap
 Berbuka puasa
Menikmati juadah....

Pada 27 Julai 2013,Sabtu jam 500 petang,4 orang AJK UMNO Cawangan Pasir Gajah iaitu Ketua UMNO Tn Hj Mohd Nor Jusoh,SU UMNO En Mat Zaik,Ketua Penerangan UMNO Cawangan En Mustafa Muda dan AJk UMNO saudara Ibrahim@ Harun A Rahman  bersama sayap UMNO Cawangan telah hadir di Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Agong UMNO Cawangan  yang berlangsung di Dewan MPK Kemaman.

Majlis yang dirasmikan oleh YAB Dato Seri Hj Ahmad bin Said,MB Terengganu yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Kemaman bermula dengan ucapan penerangan tatacara pemilihan oleh SU UMNO Bahagian Kemaman,diikuti pula ucapan aluan oleh YB Menteri Komunikasi Dato Seri Hj Ahmad Shabery bin Hj Cheek.

Dalam ucapan YAB MB telah menyentuh tentang PRU13 yang lalu yang menampakkan sokongan rakyat yang tidak memihak kepada BN sedangkan segalanya telah kerajaan berikan sehinggakan keputusan dalam pilihanraya yang lalu amat genting iaitu 17 BN dan 15 Pembangkang.Selain itu beberapa isu telah diperjelaskan oleh YAB MB dan tindakan susulan akan dilakukan.

Majlis kemudian dikuti dengan majlis berbuka puasa dan berakhir jam 800 malam.

Jumaat, Julai 26, 2013

MASJID JAMBI TERUSKAN TRADISI BERBUKA PUASA RAMADHAN 1434

 Hj Man...antara yang hadir
 Tg Jabar {Gede Bakar} turut bersama {kanan} jemputan
 Imam 1 Hj Yusof membaca tahlil {Kiri}
 Hj Abbas {2 dari kiri} hadir sama
 Kalangan yang hadir
 Tetamu menanti waktu berbuka
 Bersedia di hadapan juadah......
Kalangan ustaz dari Madrasah Tahfiz Pasir Gajah

Pada Khamis 25 Julai 2013,bersamaan 16 Ramadhan 1434,Masjid Sejarah Pasir Gajah iaitu Masjid Jambi telah mengadakan majlis berbuka puasa.Majlis ini adalah merupakan majlis berbuka puasa yang menjadi amalan yang dijalankan di masjid ini untuk khariah masjid  dan jemputan.

Turut hadir dalam majlis ini ialah sanak saudara berketurunan Jambi yang sememangnya popular dikalangan masjid ini yang di ketuai oleh pengerusi Masjid Jambi iaitu Saudara Tg Abd Jabar Tg Hj Mahmud atau Gede Bakar.Selain itu yang hadir ialah kariah jemputan dan penduduk kampung.

Sebelum berbuka puasa,majlis tahlil yang diketuai oleh Tn Imam 1 Masjid Pasir Gajah iaitu Tn Hj Yusof bin Kamaruddin.Dianggarkan seramai 120 orang jemputan telah hadir.Majlis berbuka disertai pula dengan solat maghrib.Majlis selesai jam 800 malam.

BAZAAR RAMADHAN JKKK PASIR GAJAH MENJADI TEMPAT KUNJUNGAN PEMBELI SETIA PETANG

 Deretan kenderaan di hadapan bazaar
 Penjual menyediakan kueh mueh
 Melayan pembeli.....
 Pandangan hadapan bazaar
 Pelbagai juadah disediakan
 Aneka minuman......
Membeli makanan pilihan

Pada 10 Julai 2013 bersamaan 1 Ramadhan 1434,JKKK Pasir Gajah telah menjalankan tanggungjawab dan kewajipan menyediakan kemudahan kepada peniaga di Pasir Gajah untuk menjual berbagai juadah hidangan semasa bulan ramadhan ini.Melalui inisiataif yang berterusan untuk RAKYAT,JKKK Pasir Gajah telah menyediakan 6 buah kanopi yang setiap satunya muat untuk tiga gerai bagi penjual mempamerkan jualan mereka.

Dengan bayaran sebanyak RM50 sepanjang bulan ramadhan ini,peniaga diberi satu petak tempat jualan,tiga buah kerusi dan 1 biji meja.Seramai 18 orang telah mengambil kesempatan berniaga di bazaar ini pada tahun 2013.

Pelbagai juadah ada dijual di sini seperti menjual kueh mueh,menjual air minuman,menjual nasi yang siap di bungkus,menjual martabak,menjual lauk pauk dan sebagainya.Setiap petang hampir 200 orang akan berkunjung ke bazaar ini yang mana ada diantaranya ialah penduduk sekitar yang baru pulang daeri kerja dan mencari kueh mueh di bazaar ini untuk di bawa pulang.Bazaar ini akan dibuka seawal jam 450 petang dan berakhir jam 700 malam.

Rabu, Julai 24, 2013

MAJLIS BERBU KA PUASA JKKK BERSAMA AHLI KELUARGA SEMPENA RAMADHAN 1434 ERATKAN SILATUL RAHIM

Mula mencedok lauk-pauk
Keluarga AJK yang hadir
Menanti azan dilaungkan
Dah mula boleh makan niiii...OCS Pasir Gajah
AJK JKKK bersama anak
Menanti di hadapan juadah...sedap belaka
Dah nak selesai makan

Pada Ramadhan ke 14 bersamaan 23 Julai 2013,JKKK Pasir Gajah telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Muhibbah melibatkan AJK,Keluarga dan komuniti.Antara yang hadir sama dalam majlis muhibbah berbuka puasa ini ialah Ketua dan Penolong Ketua Polis Balai Pasir Gajah,Sjn Mohd Shakri dan Koperal Edris Atan.Selain itu majlis ini turut disertai leh dua orang imam tahfiz Masjid Pasir Gajah iaitu Imam Mohd Arif dan Imam Mohd Alif.

Majlis yang diadakan setiap tahun ini telah diadakan di Jenang Seafoad Ayer Puteh yang mana pada tahun ini seorang AJk JKKK telah bermurah hati untuk menyeponserkan bayaran jamuan berbuka puasa ini.JKKK Pasir Gajah mengucapkan berbanyak terima kasih atas keikhlasan AJK tersebut untuk merealisasikan hasrat mewujudkan ikatan silatul rahim sesama AJK,keluarga dan kepimpinan masyarakat.

Antara yang hadir pada malam ini ialah Pengerusi JKKK Tn Hj Mohd Nor bersama isteri,Timbalan Pengerusi JKKK En Mustafa bersama isteri dan seorang anak,SU JKKK En Mat Zaik bersama isteri dan dua orang anak,Bendahari JKKK En Ibrahim@ Harun bersama seorang anak,AJK JKKK En Mohd Salim bersama seorang anak,En Jalil bersama isteri dan seorang anak,En Osman bersama dua orang anak,Pn Nora bersama suami dan seorang anak,En Samsul bersama isteri dan dua orang anak,En Badrul bersama isteri dan dua orang anak,En Mohd Said bersama isteri,Pn Zaidah bersama anak serta Pn Habshah.

Antara hidangan yang disediakan ialah nasi puteh,tomyan,ikan tiga rasa,daging masak merah,telur dadar,puyuh goreng,udang kunyit,khailan,air buah,tembikai,kurma,belacan dan air panas.

Majlis bermula jam 700 malam dengan konvoi mula berangkat ke Jenang dan tida jam 720 malam serta berbuka pada jam 726 malam.majlis berakhir jam 800 malam.

MAJLIS BERBUKA PUASA DI MASJID PASIR GAJAH SEMPENA RAMADHAN 1434

Jemaah wanita memulakan hidangan
Sepakat...mengisi juadah
Tuan Imam mengetuai bacaan tahlil
Jemaah yang hadir
Ketua kampung bersama Pengerusi Masjid
Orang ramai memenuhi ruang
Tetamu wanita....
Menanti waktu berbuka
Duduk di hadapan juadah.....
Tahlil.......

Pada Sabtu 20 Julai 2013,JK Masjid Pasir Gajah telah mengadakan majlis Berbuka Puasa bagi penduduk Pasir Gajah.Program yang diadakan ini adalah merupakan program setiap kali bulan puasa yang mana masjid akan mengadakan majlis untuk seluruh jemaah kampung berbuka puasa.

Dianggarkan seramai hampir 160 orang jemaah telah hadir untuk berbuka puasa bersama JK masjid dan pentadbiran kampung.Turut hadir ialah wakil KETENGAH .majlis tahlil telah diketuai oleh Imam 1 Tn Hj Yusof bin Kamaruddin bersama bilal Ahmad bin Jaafar dan Imam Hj Abbas bin Taib.


Sabtu, Julai 20, 2013

UMNO PASIR GAJAH UCAP TERIMA KASIH KEPADA PENDUDUK YANG HADIR ISI BORANG DANA RAYA

Ketua UMNO Cawangan Tn Hj Mohd Nor berucap
 Penerima borang yang hadir
 Mendengar penerangan yang diberikan
 Pengerusi memberi penerangan tatacara isi borang
 Kalangan penerima borang dari penduduk wanita
 Sabar menanti.....
 Penduduk yang hadir
 Penerima dana remaja....
 Meneriama borang ikut kategori
 Berdisiplin.....ini yang bagus dilakukan oleh penduduk kampung ini
 Menyemak borang untuk dihantar
 Dana pemuda.....hantar kepada Cik Fatin
 Timbunan borang untuk disemak
Mula menyemak borang untuk disahkan

Pada 19 Julai 2013 Jumaat malam Sabtu,UMNO Cawangan Pasir Gajah telah mengadakan Majlis Mengisi Borang dana raya melibatkan semua kategori serentak di Dewan Orang Ramai Pasir Gajah.Majlis yang bermula selepas solat tarawikh ini telah dihadiri oleh lebih daripada 300 orang untuk mengisi borang dana raya ini.

UMNO Cawangan Pasir Gajah telah menjemput semua penduduk yang berkelayakan untuk menerima borang dana ini melalui surat jemputan yang diedarkan.Mereka ini telah diberikan borang untuk diisi dan disemak sebelum dibenarkan pulang.UMNO Cawangan Pasir Gajah tetap mengambil pendekatan berhemah yang mana penduduk yang tersenarai adalah menjadi keutamaan memandangkan mereka ini telah memenangkan BN di  Peti Undi Pasir Semut.

Dalam majlis ini,Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh ,Ketua UMNO dan SU UMNO Pasir Gajah En Mat Zaik telah menyampaikan penerangan berkaitan dengan pemberian borang dan cara pengisian yang betul bagi memastikan semua borang yang dihantar bermanfaat.

Majlis berakhir jam 1255 malam apabila semua penduduk telah menghantar borang tersebut.