Harapan...

Jumaat, Julai 05, 2013

JAMUAN KESYUKURAN PENDUDUK PASIR GAJAH BERSAMA YB : RAMAI YANG HADIR

 Tahlil ringkas di masjid
Antara yang hadir semasa tahlil
 Menanti kehadiran YB
 Ketua {Hj Nor} dan Timbalan Ketua {Badrul}UMNO Pasir Gajah 
 YB tiba di majlis
 Yang hadir mula makan
 Juadah nasi dengan lauk yang menyelerakan....
 ABC Nor jadi tumpuan
 Rizal.......biasa dah bakar ayam
 Menanti ayam bakar....
 Sekeluarga...Jaafar 
 YB,Isteri dan Ketua Kampung
 YB santai bersama AJK JKKK Pasir Gajah
 Banner program.....
 Karaoke....pun ada
 Makan bersama.....
 Menikmati ABC...SU JKKK
Dah hampir nak habis niiii

Pada 3 Julai 2013,Rabu malam Khamis,UMNO Cawangan dan JKKK pasir Gajah telah mengadakan Majlis Jamuan Kesyukuran dan Terima Kasih Penduduk Pasir Gajah bersama YB atas kemenangan Peti Undi BN Pasir Gajah memenangi PRU13 yang lalu.Kepercayaan dan kesetiaan penduduk yang terus memilih BN sebagai parti pemerintah diraikan pada malam ini dengan mengadakan Majlis Tahlil di Masjid Pasir Gajah serta jamuan kesyukuran di Dewan Orang Ramai Pasir Gajah.

Majlis pada malam ini dihadiri oleh YB Tn Hj Wan Abdul Hakim bin Tan Sri Wan Mokhtar bersama isteri yang mana telah disambut oleh Ketua UMNO Cawangan pasir Gajah Tn Hj Mohd Nor Jusoh bersama Pak Ali,AJK UMNO,JKKK dan penduduk kampung.

Majlis yang dimulakan pada jam 900 malam ini antara lain memberi peluang untuk penduduk kampung beramah mesra dengan YB serta menambahkan keeratan persahabatan sesama penduduk.

Antara juadah yang dihidangkan ialah ayam bakar sebanyak 60 ekor yang diuruskan oleh PEMUDA UMNO Pasir Gajah,Air Batu Campur oleh PUTERI UMNO Pasir Gajah yang dioder terus dari Warung Nor,juadah nasi berlauk daging singgang,ikan panggang selayang,sayur goreng campur,budu,ulam  dan kerabu pucuk paku yang diuruskan oleh WANITA UMNO Pasir Gajah.

Selain itu turut disediakan ialah ruang santai untuk memberi peluang kepada yang berbakat menyanyikan lagu karaoke melalui DJ Seli Pak Soh.Dianggarkan hampir 300 orang hadir pada majlis ini yang rata-ratanya adalah penyokong UMNO.Majlis berakhir jam 1100 malam.

Tiada ulasan: