Harapan...

Sabtu, Julai 06, 2013

GOTONG ROYONG DI MASJID MELIBATKAN AJK DAN JEMAAH SEMPENA KEHADIRAN RAMADHAN

 Memproning pokok bunga
 Memesin rumput
 Kawasan wakaf masjid turut dibersihkan
 Hj Othman sedang membuang dahan pokok
 Pok Him dan Halim membersihkan kipas
 Pok Mat bersama Din bank bersih kawasan dalam masjid
 Pak Jantan bersihkan daun kipas
Longgokan dahan pokok bunga

Pada 5 Julai 2013,Jumaat jam 800 pagi,AJK masjid bersama Jemaah masid telah mengadakan gotong oyong sepakat membersihkan sedikit kawasan masjid di dalam dan di luar.Antara kerja yang dilakukan ialah menebas rumput di kawasan luar masjid,mempronin bahan pokok bunga,menyapu daun dan menghimpun dahan pokok.

Selain itu di dalam masjid pula ialah membersihkan kipas yang berhabuk,membersihkan karpet,membersihkan sarang labah-labah dan menyusung atur buku dan al quran.Di dalam bilik air pula ialah mencuci tandas dan laluan pejalan kaki.

Seramai lebihkurang 25 orang hadir dalam gotong royong ini.Turut bersama ialah Ketua Kampung Tn Hj Mohd Nor Jusoh,Imam Masjid Tn Hj Abbas bin Taib,Bilal masjid,Ketua Polis Balai pasir Gajah,Sarjan Mohd Shakri,AJK masjid En Ibrahim bin A Rahman,Hj Othman Yusof,En Halim Jusoh,Jemaah masjid En Azhar bin A Rahman,En Zainuddin {Din bank},En Jantan bin Mohd Taib,En Yono,pekerja masjid En Mat Jeng dan beberapa orang lagi yang nama-nama yang tidak dinyatakan di sini.Program selesai jam 1100 pagi.

Tiada ulasan: