Harapan...

Sabtu, Julai 20, 2013

AMALAN BERBUKA PUASA HIDUPKAN SOLAT MAGHRID DI MASJID PASIR GAJAH PADA RAMADHAM 1434

 Jemaah yang hadir untuk berbuka puasa
 Menanti waktu....726 malam...berbukalah
 Juadah...ringkas dan bertukar setiap hari....hari ini martabak
 Sudah berbuka.....
Mengerjakan solat maghrib

Pada 2 Ramadhan,penulis mula merakamkan aktiviti ramadham di masjid.Salah satunya ialah,JK Masjid mengadakan majlis berbuka puasa bagi jemaah untuk bersolat maghrib di masjid Pasir Gajah.Hidangan biasanya disediakan oleh JK Masjid yang sememangnya ditugaskan untuk memastikan juadah ada semasa waktu berbuka.

Biasanya,Imam Hj Abbas  dan Pn Hjh Nor akan menguruskan pembelian juadah mengikut hari dan juadah ini bertukar setiap hari seperti menyediakan nasi ayam,nasi berlauk,martabak,kueh mueh dan minuman panas dan sejuk.Selain itu ada juga pemilik gerai bazar ramadham yang menyumbangkna kueh dan minuman untuk jemaah berbuka.

Selesai berbuka,jemaah ini akan terus mengerjakan solat maghrib dan pulang untuk bersedi solat isyak dan tarawikh pula.

Tiada ulasan: