Harapan...

Sabtu, Julai 20, 2013

KUTIPAN BAYARAN FITRAH MULA DILAKUKAN DI MASJID PASIR GAJAH OLEH AMIL YANG BERTAULIAH

 Hj Man membayar fitrah {Kanan}
 En Mustafa Pengerusi Masjid Pasir Gajah {tengah} menyaksikan penerimaan fitrah
 Imam Hj Abbas mencatatkan bayaran
 Penyerahan riset
Nilaian fitrah : RM7.60,RM7.00 dan RM4.50

Pada Jumaat 19 Julai 2013,selepas solat Jumaat,penulis sempat meninjau beberapa orang jemaah membuat pembayaran fitrah kepada amil bertauliah Tn Hj Abbas bin Mohd Taib yang dilakukan di  dalam masjid Pasir Gajah.Pembayaran yang dilakukan adalah bertepatan dengan arahan yang dikeluarkan agar jemaah pasir Gajah membuat pembayaran fitrah kepada Amil yang ditauliahkan oleh pemerintah.Antara yang sempat penulis rakamkan ialah Hj Man telah membuat pembayaran sambil turut berada di sini ialah Pengerusi Masjid En Mustafa bin Muda.



Tiada ulasan: