Harapan...

Isnin, April 05, 2010

MAJLIS JAMUAN KESYUKURAN 2010

Pak Jantan,Jaafar ,Brahim,Cikgu Zaik dan Imam Abas memasak air untuk minuman
Gotong royong menghiris bawang

En.Mustafa dan Tn Hj Mohd Nor mengatur tempat jamuan

Membasuh daging sembelihan

Pada Jumaat 26 Mac 2010,JK masjid Pasir Gajah telah mengadakan Majlis Jamuan Kesyukuran untuk seluruh penduduk Pasir Gajah.Majlis tersebut adalah bagi melahirkan rasa syukur JK masjid terhadap keamanan dan kedamaian serta kebersatuhatinya penduduk Pasir Gajah dalam menjalankan aktiviti harian.


Dalam majlis tersebut,yang dibuat secara gotong royong ,seekor lembu telah ditumbangkan sumbangan dari Saudara Ariffin bin Bakar.Dianggarkan seramai 300 orang penduduk telah hadir dalam jamuan tersebut yang dimulakan jam 2.00 ptg hingga 330 petang.

Tiada ulasan: