Harapan...

Sabtu, Januari 22, 2011

BAGI BORANG DANA PAKAIAN SEKOLAH

AJK JKK menguruskan pembahagian borang
Sedang mengisi borang
Membantu satu sama lain isi borang
S/U JKKK memerhati borang yang diisi
Kaum ibu mewakili keluarga mengambil borang

Pada 19 Jan 2011,Rabu malam Khamis,JKKK Pasir Gajah telah mengadakan majlis penyerahan borang Dana pakaian Sekolah untuk ahli UMNO Pasir Gajah serta pengundi di Terengganu.Sebanyak 120 helai borang telah disediakan untuk diisi oleh pemohon yang layak pada malam itu.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi JKKK Pasir Gajah,Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh serta AJK JKKK.Dalam majlis tersebut turut disentuh ialah harapan kepada pengisi borang agar terus menyokong barisan nasional dalam pengundian yang akan datang kerana dengan sokongan yang berterusanlah maka bantuan sebegini dapat diberikan oleh kerajaan pilihan rakyat yang ternyata berwibawa,sentiasa mengambil cakna keperluan rakyat dan bertanggungjawab melaksanakan janji.

Majlis yang bermula jam 900 malam berakhir jam 1045 malam dengan penelitian yang rapi agar semua borang yang dihantar dapat di key inkan pada 20 Jan 2011.

Tiada ulasan: