Pengerusi JKKK teriam hadiah dari YB Menteri
Sijil anugerah
Mok cek RM10,000
AJK yang hadir
Nora,Chah,Edah dan Pok Pa.....
Jalil dan Osman....Samsul dan Ibrahim{Harun}
Di pentas......
JKKK bersama Pengurus Besar KETENGAH...Tn Hj Wan Mat Amin
Pengerusi di meja VIP
Pada 1 Nov 2012 Khamis,AJK JKKK Pasir Gajah seramai 9 orang bersama 14 orang lagi dari pelbagai NGO Pasir Gajah telah ke Putrajaya dengan sebuah bas yang diperuntukkan khas oleh pihak KETENGAH.Rombongan Pasir Gajah yang bertolak jam 1200 malam telah tiba di Kuala Lumpur pada sebelah paginya dan selesai solat serta sarapan pagi telah ke bangunan KKLW di Putrajaya.
Pasir Gajah telah dinobatkan sebagai kampung yang mewakili Terengganu dalam pertandingan menasang bendera sempena hari kemerdekaan ke 55 di bawah pertandingan Desa Sejahtera 2012.
Dalam pertandingan ini,Pasir Gajah merupakan antara kampung yang berada dalam TOP 5 untuk dinilai.
Pasir Gajah bersama beberapa kampung lain diseluruh negara telah dihargai oleh YB Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah YB Dato Seri Mohd Shafie bin Afdal di Putra jaya yang mana pada hari ini diadakan majlis penyampaian hadiah.
Pasir Gajah telah dianugerahkan sebagai kampung yang berjaya dalam kategori augerah khas yang membawa pulang hadiah sebanyak RM10,000.Hadiah diterima oleh Tn Hj Mohd Nor Jusoh,Pengerusi JKKK Pasir Gajah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan