Harapan...

Sabtu, September 14, 2013

JAMUAN HARIRAYA MERDEKARAYA 2013 JKKK BERSAMA PENDUDUK RAMAI YANG HADIR

 AJK JKKK Hj Abbas mengagihkan sumbangan
 Nak juga....itu celoteh pengunjung kita
 Hadirin yang hadir
 Pelbagai minuman
 ABC Nor....
 Pengunjung sedang makan
 Nak makan nasi minyak...kat sinilahhhh
 Makan juadah
 Nasi himpit pun ada
 Lemang dan ketupat......
 Satey pun ada......
 Pungunjung masih ada......
 Yang dah siap......
 Juruacara program.....Rosli
 Mee goreng......
 Dah kenyang keeeeee....
 Kat luar pun ramai juga...
Photo: selesai sudah..HARI TERBUKA AIDILFITRI.
Sempat bergambar...

Pada 1 Sept 2013,JKKK Pasir Gajah telah mengadakan Jamuan Merdekaraya Hariraya penduduk bersama pemimpin.Jamuan ini sentiasa diadakan setiap tahun namun tahun ini,JKKK mendaoat kerjasama dari perbagai NGO di Pasir Gajah untuk membantu menjayakan Jamuan Hari raya ini.

Melalui kerjasama dari NGO seperti GDW,K1M,KRT,Jawatan Kuasa Masjid,UMNO ,JKKK Pasir Gajah telah sepakat mengadakan majlis jamuan pada 1 Sept 2013 jam 230 petang hingga 500 petang bertempat di Dewan Orang Ramai pasir Gajah.

Dalam majlis ini juga,pelbagai juadah dan hidangan disediakan seperti pelbagai jenis air,ABC Nor,satey,Tapey,nasi minyak,lemang,ketupat,mee penang dan sebagainya.Dianggarkan kehadiran pengunjung ialah hampir 300 orang dalam program jamuan hari raya tahun ini.

Turut menyambut kehadiran pengunjung ialah Pengerusi JKKK Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh,Pengerusi KRT En M Afzalizan bin Awang Hamat,Pengerusi K1M En Mustafa bin Muda,Bendahari JK Masjid Tn Hj Abbas bin Mohd Taib,SU JKKK En Mat Zaik,AJK dan petugas.

Tiada ulasan: