Harapan...

Khamis, Oktober 17, 2013

MAJLIS TAHLIL TAHUNAN SAMBUTAN RAYA HAJI 2013 KERABAT JAMBI DI PASIR GAJAH MERIAH

Majlis tahlil
Imam Hj Yusof mengetuai tahlil
Menjamu selera
Kalangan kaum wanita
Jemputan lelaki
Jemputan wanita
Ketua kampung berbual bersama tuan rumah
Mengambil juadah
Menanti giliran


Majlis makan di khemah yang disediakan.

Pada 16 Okt 2013 Rabu malam Khamis,Kerabat Jambi  dan kaum keluarga kerabat jambi di pasir Gajah dan sekitarnya telah mengadakan Majlis Tahlil dan Jamuan Hari raya Hadi sebagai Majlis tahunan untuk memperkukuhkan silatulrahim persaudraan kerabat jambi serta penduduk pasir Gajah.

Majlis tahun ini di ketuai oleh Imam Masjid Jambi iaitu Tn Hj Yusof bin Kamaruddin dengan majlis tahlil dan doa selamat.Turut hadir bersama ialah Ketua kampung pasir Gajah Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh serta YM Engku Jabbar bin Eng Hj Mahmud,anak kepada pengasas pembukaan kampung Pasir Gajah.Majlis ini lebih bermakna lagi apabila ianya diadakan di Rumah Jambi Rumah Bersejarah di Pasir Gajah yang sudah tentu dapat menceriakan lagi nostalgia rumah tersebut.

Dianggarkan seramai hampir 200 jemputan hadir memeriahkan majlis yang akan dijadikan majlis tahunan bagi Kerabat Jambi di Pasir Gajah.Majlis selesai jam 1000 malam.

Tiada ulasan: