Harapan...

Rabu, Julai 30, 2014

PENDUDUK PASIR GAJAH HADIR UNTUK TAKLIMAT DANA RAYA 2014 DI DORA

SU JKKK mengenalpasti maklumat yang perlu diisi
Penduduk hadir mendengar taklimat
JK yang terlibat memudahkan pengisian borang
Menanti giliran untuk proses pengambilan borang
Pengagihan borang
JK bertugas membuat semakan

Pada 27 Jun 2014,JK UMNO Cawangan bersama Pemuda,Puteri dan Wanita serta AJK JKKK Pasir Gajah telah diberi amanah oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui Pejabat Daerah dan Pej DUN Air Puteh untuk membuat pengagihan pengisian Dana Raya dan Dana Remaja 2014.

Seramai hampir 300 orang penduduk berpeluang untuk mendapatkan dana tersebut berpandukan kepada syarat kelayakan yang tetah ditetapkan.JK UMNO dan JKKK Pasir Gajah telah mengenalpasti penduduk yang berkelayakan untuk memohon dana tersebut melalui taklimat yang disampaikan sebelum penduduk mengisi borang yang disediakan.

Turut menyampaikan taklimat ialah Pengerusi JKKK Pasir Gajah Sdr Cikgu Zaik bersama SU JKKK En Badrulhisyam Jusoh.Majlis yang bermula jam 900 malam berakhir jam 1200 malam di Dewan Orang Ramai Pasir Gajah.

Tiada ulasan: