Harapan...

Ahad, November 06, 2011

GOTONG ROYONG SEMBELIH LEMBU KORBAN SEMPENA AIDIL ADHA 1432

Penduduk yang hadir semasa sembelihan korban
Melapah daging


Lembu yang baru disembelih


Melapah lagi...6 ekor semuanya


Pada 6 Nov 2011,Ahad,selepas solat Hari Raya Aidil Adha,JKKK Pasir Gajah bersama JK Masjid dan hampir 40 orang kampung telah bergotong royong melapah daging lembu korban di perkarangan majhid Pasir Gajah.

Kerja penyembelihan lembu korban ini bermula jam 1030 pagi yang mana lembu ini disembelih oleh Saudara Kamal dan Tn Hj Yusoff Latiff atau lebih dikenali sebagai Pok Long Jusoh.Tahun ini sebanyak 6 ekor lembu telah dikorbankan di perkarangan masjid Pasir Gajah,yang mana 4 ekor adalah sumbangan dari seorang Hamba Allah yang membina Pondok Pengajian Islam di Sungai Musang Bt 12 Pasir Gajah manakala 2 ekor lagi ialah lembu korban bilal muda Masjid Pasir Gajah iaitu Bilal Ahmad bin Jaafar.



Turut hadir dalam program gotong royong ini ialah Pengerusi JKKK Pasir Gajah Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh dan sebilangan AJK JKKK serta Pengerusi Masjid Pasir Gajah iaitu En.Mustafa bin Muda bersama AJK Masjid.Kerja melapah,menimbang dan mengagihkan daging lembu korban ini dilakukan secara bergotong royong oleh hampir 40 orang penduduk kampung.Gotong royong penyembelihan lembu korban ini selesai jam 130 tengahari.



JKKK dan JK Masjid mengucapkan berbanyak terima kasih kepoada penyumbang yang menyumbangkan lembu korban.Semoha Allah membalas jasa baik dan sedekah yang diberikan kepada penduduk kampung ini.

Tiada ulasan: