Harapan...

Rabu, November 30, 2011

MAJLIS PENGHAKIMAN KG GDW KETENGAH TERBAIK 2011

Pengerusi GDW bersama barisan Panel hakim
Panel hakim mencatat sesuatu dari taklimat yang disampaikan


Penyampaian cenderahati kepada semua panel hakim


Setiausaha mempersilakan panel menikmati jamuan tengahari

Panel menikmati jamuan makan tengahari



Pada 30 Nov 2011.Rabu ,GDW Pasir Gajah telah bersiap sedia untuk menerima kunjungan 10 orang Panel Hakim untuk menilai kampung ini.Tepat jam 1130 pagi,Panel hakim telah tiba dan di sambut dengan paluang kompang.



Kemudian,panel hakim telah diperkenalkan kepada AJK,Tetamu VIp dan orang kampung yang hadir.Majlis Sambutan Panel hakim telah diadakan dimana dalam majlis tersebut telah diadakan beberapa aacara.Antaranya ialah acara memperkenalkan Lagu Rasmi Kampung pasir Gajah yang disampaikan oleh kumpulan koir yang terdiri dari murid SK Pasir Gajah.Acara GIMIK pelancaran lagu ini ialah penyerahan LIRIK LAGU kepada wakil Pejabat Daerah iaitu Penghulu Mohd Rozman.Antara hakim yang sempat penulis kenal ialah bekas penghulu Pasir Gajah iaitu Penghulu Mat Ghani dan En Razali Selamat dari Kemas Kemaman.

Seterusnya acara penyampaian sijil kursus komputer dan penyerahan buku taklimat penghakiman kepada KETUA Panel Hakim.Kemudian Panel Hakim dibawa naik ke bilik gerakan untuk sesi taklimat.Majlis taklimat berakhir jam 100 tgh dan panel hakim dibawa untuk menikmati hidangan makan tengahari.Majlis berakhir jam 200 petang.Sama-samalah kita DOAkan agar Pasir Gajah memperolehi tempat dalam pertandingan ini.

Tiada ulasan: