Harapan...

Sabtu, November 05, 2011

KRAF TANGAN HASIL PENDUDUK PASIR GAJAH

Kraf tangan yang dibuat dari straw...cukup menarik

Penghasilan bahan kraf tangan adalah merupakan satu kebolehan yang bukan semua orang miliki.Seorang penduduk di Rumah Murah Pasir Gajah yang mempunyai kemahiran menghasilkan bahan kraf tangan iaitu Pn Hazizun bt Abd Rahman telah mengambil inisiatif untuk membuat berbagai bahan kegunaan untuk hiasan .

Penghasilan bahan kraf tangan ini dilakukan di rumah beliau dengan dibantu oleh beberapa orang pembantu.Antara bahan yang dihasilkan ialah  tudung saji iaitu kraf tangan yang dibuat dari straw yang berwarna warni.

Tempat bunga dari gulungan kertas.

Selain itu,dari gulungan kertas juga dapat dihasilkan bahan kraf tangan yang menarik seperti tempat meletak bunga,bakul berbagai ukuran dan lain-lain lagi.

Hasil dari straw dan gulungan surat khabar
 Bekas Pencil yang menarik

Beliau juga turut menghasilkan bekas pensil untuk ke sekolah melalui ayaman yang menggunakan benang yang cukup menarik.Semua bentuk kraf tangan ini dijual oleh beliau jika ianya diingini oleh pembeli.Kepada yang berminat untuk memilik hasil kraf tangan penduduk Pasir Gajah,bolehlah berkunjung ke Pasir Gajah,ke rumah Pn Hazizun bt Abd Rahman.

Tiada ulasan: