Harapan...

Rabu, November 30, 2011

LATIHAN KOIR LAGU RASMI PASIR GAJAH

Bersemangat.....menyanyikan Lagu "Kampungku Pasir Gajah"

Bersama Pn Marinirma sebagai juru kondak....


Sejak 4 hari lalu,bermula Jumaat 25 Nov 2011,kumpulan koir murid SK pasir Gajah yang merupakan anak penduduk Pasir Gajah telah giat mengadakan latihan koir menyanyikan lagu rasmi kampung Pasir Gajah.

Latihan yang dijalankan pada sebelah petang di bawah bimbingan Pn Asmida A Rahman,Pn Marinirma Maliki dan Pn Nora Jusoh diadakan di Astaka.Koir yang terdiri dari 20 orang murid sekolah dari tahun 4 hingga 6 ini begitu bersungguh-sungguh untuk menyanyikan lagu rasmi kampung ini iaitu "Kampungku Pasir Gajah".

Lagu ini akan diperdengarkan buat pertama kalinya kepada umum sempena Penghakiman Kampung GDW Terbaik KETENGAH pada 30 Nov 2011,hari Rabu ini.Petang Selasa,29 Nov 2011,SU buat pertama kalinya melihat dan mendengar pasukan koir menyanyikan lagu di hadapan ruang legar Bilik Gerakan GDW.

Tiada ulasan: