Harapan...

Sabtu, November 12, 2011

PENGAGIHAN BORANG DANA PAKAIAN SEKOLAH 2012

Kaum ibu isi borang
Baca dulu apa yang perlu diisi.....
Dah siap...nak hantar niiiii
Menunggu giliran.....kaum bapa kita ni



Pada 12 Nov 2011,Sabtu,JKKK Pasir Gajah bersama UMNO Cawangan Pasir Gajah telah mengadakan majlis pengagihan Borang Dana pakaian Sekolah untuk tahun 2012.Borang ini diagihkan kepada penyokong UMNO dan ahli UMNO yang mempunyai anak bersekolah sama ada di sekolah rendah ataupun sekolah menengah.



Sebanyak 80 keping borang diperuntukkan oleh Pejabat DUN UMNO Ayer Puteh kepada penduduk Pasir Gajah tahun ini.Pengagihan borang ini dijalankan di Dewan Orang Ramai {DORA} Pasir Gajah bermula jam 900 malam.Walaubagaimanapun,disebabkan pertambahan penduduk,keperluan borang amatlah ketara dan perlukan kepada pertambahan.Ianya diuruskan oleh Pengerusi .

Turut hadir menjalankan tugas pengagihan borang ini ialah Pengerusi JKKK,AJK JKKK dan AJK UMNO cawangan Pasir Gajah.Ini adalah nikmat yang diberikan oleh ALLAH s.w.t kepada penyokong UMNO yang memilih kerajaan Barisan Nasional mentadbir Terengganu melalui Parti UMNO.Hal ini sememangnya hendaklah dikekalkan semasa pilihanraya ke 13 nanti,kerana hanya Kerajaan barisan nasional pimpinan UMNO di Terengganu sahaja yang mengutamakan rakyat...sesuai dengan Slogan Terengganu,....Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan.Penduduk Pasir Gajah sudah merasai bagaimana tidak bermayanya keadaan Pasir Gajah semasa pemerintahan PAS pada 1999 dahulu...cuma ada segelintir yang masih lagi berpura-pura ....JK UMNO Cawangan Pasir Gajah kenal mereka ini.Kepada yang menerima dan mengisi borang malam ini...yakinlah UMNO di hati anda.....Pakat SOKONG UMNO......

Tiada ulasan: