Harapan...

Khamis, November 03, 2011

PENILAIAN ADC 2011 OLEH 7 PANEL HAKIM


Sesi taklimat penuh ceria

AJK JKKK bersama Anggota RELA

Ketua Panel menerima cenderahati dari Pengerusi JKKK

Setiausaha menyampaikan taklimat

Panel hakim menikmati jamuan



Pada 3 Nov 2011,JKKK Pasir Gajah yang diberi peluang untuk bertanding dalam Anugerah Desa Cemerlang 2011 peringkat Daerah Kemaman telah dinilai hari ini oleh 7 panel hakim.Persiapan yang rapi oleh AJK JKKK Pasir Gajah sejak beberapa hari lalu akan dipertontonkan kepada Panel hakim Peniulai ADC Daerah Kemaman.



Tepat jam 11.00 pagi,panel hakim yang hadir telah disambut dengan paluan kompang oleh murid-murid dari SK Pasir Gajah.Kemudian hakim di bawa ke bilik gerakan JKKK untuk sesi taklimat.Panel hakim yang diketuai oleh ADO Kemaman turut disertai oleh wakil dari Pejabat Pendidiakn Kemaman iaitu En Mohd haznan Othman,dari Pejabat kesihatan,Dari MARA iaitu En Omar,dari Pejabat Agama Daerah,dari MPK dan dari Pejabat daerah Kemaman iaitu Penghulu Othman.Hadir sama ialah Pn Salbiah dari Pejabat KEMAS Kemaman sebagai wakil KKLW yang bertindak sebagai agensi Pemantau.



Taklimat kali ini disampaikan oleh setiausaha JKKK Pasir Gajah manakala semua AJK hadir kecuali Bendahari JKKK yang tidak dapat bercuti.Turut hadir ialah wakil Balai Polis iaitu Kpr Edris Atan,wakil RELA En.Din dan En Osman Hitam.



Taklimat berakhir jam 1230 tgh dan panel dijamukan makan tewngahari di Pusat Pembuatan Makanan milik Jalil suami isteri.Majlis berakhir jam 120 tengahari.

Tiada ulasan: