Dari catatan Zabidi
DATUK MAT AZIZ TAK PERNAH LUPA PASIR GAJAH
Pagi semalam saya breakfast dengan seorang rakan dari Kuala terengganu di Pan Pacific. Sedang kami berbual, ahli parlimen Seri gading, Datuk Muhammad Aziz melintasi meja kami. kebetulan kawan saya seorang pegawai kastam, Nasir menegurnya, "Datuk dah lama tak pergi Pasir Gajah, kemaman?
Beliau yang mahu beredar dari situ singgah sekejap di meja kami sambil menjawab, "Dah lama saya tak pergi. Awak dari kemaman ke?"
"Ya. Saya orang Pasir gajah," jawab saya. Kampung pasir Gajah merupakan kampung masyarakat Jambi dan orang Kelantan. Orang Jambi yang datang dari Johor membuka kampung itu di awal tahun 1900an.
Datuk Muhammad Aziz yang merupakan cucu Sultan Jambi menceritakan sejarah kenapa Sultan Jambi lari dari Jambi, Sumatra di zaman Belanda memerintah Indonesia. Mereka lari ke Batu Pahat. Dari situ ada yang lari ke Kuala Terengganu menemui Sultan Terengganu.
Oleh kerana Sultan Terengganu tahu mereka ini keturunan Sultan Jambi, maka mereka disuruh menggunakan nama Tengku. Nama Muhammad Aziz tidak ada tengku kerana mereka tidak guna Tengku ketika berada di Jambi. Ramai sanak saudara Jambi di Pasir Gajah menggunakan nama Tengku kerana itulah arahan Sultan terengganu ketika itu.
Sultan terengganu suruh mereka pilih tempat dan mereka pilih Pasir Gajah, kemaman untuk menetap. Orang Jambi suka duduk di tepi sungai. Maka sungai itu dipanggil Kampung Laut. Masjid Jambi masih kekal hari ini di Pasir Gajah menggunakan seni bina Jambi.
Begitulah sejarah masyarakat jambi di Pasir Gajah yang ada kaitan saudara dengan Datuk Muhammad Aziz. Sebelum beredar, saya minta nombor handphonenya kerana ingin menjemput beliau ke Kemaman pada bulan Jun ini sempena majlis pernikahan anak kedua saya, Siti Zuraifah.
"sambil menyelam minum air. menghadiri majlis perkahwinan ini dapatlah saya bertemu saudara mara saya di Pasir gajah," kata Datuk Muhammad Aziz lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan