Harapan...

Sabtu, September 17, 2011

JK UMNO MELAWAT HJ NGAH YANG SAKIT

Ketua UMNO,Hj Ngah dan setiausaha UMNO Pasir Gajah
Berbual sambil minum
Harun,Badrul dan Azman...anak Hj Ngah
Anak-anak saudara Hj Ngah
Ketua UMNO menghulurkan sumbangan diperhatikan oleh Bendahari UMNO

Pada 16 Sept 2011,Sempena Hari Malaysia,rasa teruja terhadap jasa bakti Tn Hj Ngah memberi khidmat memajukan kampung sepanjang beliau menjadi JK UMNo dan JKKK Pasir Gajah beberapa tahun dahulu,JK UMNO dan JKKK Pasir Gajah telah meluangkan masa pergi menziarahi Hj Ngah yang sakit dan berada di rumah anaknya,Azman di Kg Kuala Abang Dungun.

Rombongan yang terdiri dari Ketua Umno Cawangan Tn Hj Mohd Nor,Timbalan En Badrulhisyam,Ketua Penerangan En Mustafa Muda,Bendahari Imam Abas Taib,Setiausaha En Mat Zaik,AJK En.Ibrahim@Harun A Rahman dan En Mohd Salim serta Ketua Puteri Pasir Gajah Pn Asmida serta anak-anak saudara Tn Hj Ngah telah tiba di rumah anaknya pada pukul 530 petang.

Dalam pertemuan itu,Tn Hj Ngah nampak riang,ceria,gembira dan bersemangat serta dapat mengenali semua yang hadir.Menurut anaknya,Hj Ngah mengalami masalah adanya air di dalam kepala dan ianya mengakibatkan masalah untuk berjalan dimana hanya ada 20 peratus tenaga sahaja.Untuk bergerak,Hj Ngah diletakkan di atas kerusi roda.Anaknya,Azman bercerita lagi yang ayahnya dibawa berubat secara tradisional maupun secara pakar oleh doktor.UMNO dan JKKK Pasir Gajah bagi pihak penduduk Pasir Gajah mendoakan agar Hj Ngah cepat sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa.Dalam pertemuan ini,UMNO cawangan dan JKKK Pasir Gajah telah menghulurkan sumbangan sebagai penampung keperluan perbelanjaan Hj Ngah.Insya Allah,UMNO Pasir Gajah akan mengadakan solat hajt memohon Hj Ngah sembuh.Tepat jam 6.00 petang,rombongan bertolak pulang ke Pasir Gajah dan tiba di Pasir Gajah jam 847 malam.

Tiada ulasan: