Banner Selamat Datang Krew TV3......
Perbincangan ...Pengurus Besar Ketengah bersama penduduk
Penggambaran bermula.....
Gede Bakar...pemilik Rumah Jambi ditemuramah
Penduduk yang hadir bersama kakitangan KETENGAH di rumah Jambi
Penggambaran di tempat penetasan tuntung Pasir Gajah
Azwaliza ..pengacara TV3 melihat telur tuntung
Di hadapan Dewan....van krew TV3
Pada 16 hingga 18 Feb 2013,Kampung Pasir Gajah telah dikunjungi oleh KREW TV3 untuk program Apa Khabar Orang Kampung {AKOK} di bawah bimbingan KETENGAH.Krew TV3 mulakan penggambarannya di Rumah Jambi pada 16 Feb 2013 dengan kehadiran Tuan Pengurus Besar KETENGAH Tn Hj Wan Mat Amin Wan Daud.Pengacara terkenal TV3,Azwaliza atau Wawa hadir sama dalam program ini.
Selain dari program berkisar tentang Rumah Jambi dan Masjid Jambi,TV3 juga telah mengadakan penggambaran di tempat penetasan anak tuntung di rumah Saudara Wazil.Turut serta memberi kerjasama dalam program ini ialah Pengurus KETENGAH.
Pada sebelah malamnya,KREW TV3 telah mengadakan penggambaran di sunagi untuk melihat bagaimana tuntung bertelur.Pada 17 Feb 2013,disebelah paginya,pengggambaran bagaimana membuat Laksa Terengganu dan Kraftangan dari bahan terbuang surat khabar di rumah Zizun dan rumah Kak Ani.
Pada petangnya,Pertandingan memancing diadakan,namun ianya tidak dirakamkan dan pada sebelah petangnya latihan motocros diadakan pula di atas bukit belakang Rumah Murah.Pada sebelah malamnya,KREW TV3 telah menunggu tuntung naik bertelur dari pukul 800 malam hingga jam 500 pagi...mujurlah seekor tuntung telah naik bertelur jam 2 pagi.
Pada 18 Feb 2013,krew AKOK TV3 telah mengadakan penggambaran terakhir di Pusat RTC Pasir Gajah dan di atas pejabat JKKK Pasir Gajah.Krew TV3 berangkat pulang jam 600 petang.Dimaklumkan rancangan ini akan disiarkan pada Jumaat 1 Mac 2013 jam 605 minit di TV3.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan