Harapan...

Jumaat, Februari 01, 2013

MENGAIL DI KOLAM SELI PASIR GAJAH: PETANG JUMAAT YANG CERIA



Ramainya jurukail di tepi kolam...43 orang hari ni
Sebelah sinipun ada
 Peminat kecilpun ada
 Urusetia dan penganjur...Seli dan Saidi
Aksi macam orang mengail.....
 Luangkan masa......tunggu ikan makan umpang
 Timbalan Pengerusi JKKK En Mustafa Muda berasamSU JKKK Cikgu Zaik
 Yang kecil pun minat....
 Pemenang tempat kedua...HANIF Halim RM 80.00
Juara ...Suami Peah RM100.00

Pada 1 Feb 2013,Jumaat petang bermula jam 500,Kolam Ikan milik Seli sentiasa dipenuhi oleh peminat yang suka mengail ikan.Dengan bayaran RM10 satu joran,penulis sempat melihat gelagat dan kesabaran peminat kail menunggu kail disambar ikan.

Kolam yang diuruskan oleh Seli menjadi tumpuan oleh peminat kail tempatan dan orang luar serta rakan-rakan yang minat mengail.Hari ini sebanyak 43 jorang kali terpacat ditebing kolam dengan tuan punya kail menunggu dengan penuh sabar.

Hari ini,penulis sempat melihat dua kail sahaja yang mengena ikan iaitu kail Hanif Halim degan berat 70 gram dan kail Suami Peah yang menaikkan ikan seberat 110 g.Ikan-ikan yang naik ini dilepaskan kembali ke dalam kolam.Selain dari hadiah kail,hadiah cabutan bertuah juga disediakan.

Hari ini,Timbalan Pengerusi JKKK pasir Gajah,En Mustafa bin Muda hadir untuk menyempurnakan majlis menyampaikan hadiah kepada para pemenang.Tepat jam 630 petang,wisel dibunyikan menamdakan madsa untuk mengail sudah tamat.


Tiada ulasan: