Harapan...

Jumaat, Jun 14, 2013

PENGERUSI JKKK SERAH KUNCI RUMAH PPRT KE 11 KEPADA KELUARGA MAT RONI BIN OMAR DI TANAH LOT

 Rumah PPRT di Tanah Lot
 Pak Roni dan anaknya Anuar menunggu Pengerusi JKKK
 Pengerusi JKKK bersama SU JKKK menyerahkan kunci rumah PPRT
Pintu terbuka....milik Pak Roni sekeluarga sekarang

Pada 14 Jun 2013 Petang Jumaat,Pengerusi JKKK Pasir Gajah Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh bersama SU JKKK En Mat Zaik telah hadir bersama ke rumah PPRT yang ke 11 untuk melakukan penyerahan kunci rumah kepada pemilik yang dinamakan untuk rumah tersebut.

Atas kecaknaan JKKK terhadap kesukaran hidup menyewa rumah yang dilalui oleh keluarga Pak Roni,JKKK Pasir Gajah telah menyetujui permohonan untuk pembinaan sebuah rumah PPRT kepada keluarga Pak Roni.Melihat kepada keaktifan anaknya Anuar Mat Roni dalam pergaulan dengan masyarakat kampung serta mudah untuk diminta berkerjasama dalam apa sahaja program JKKK ataupun kampung,JKKK Pasir Gajah melihat ini sebagai satu bantuan yang ikhlas untuk keluarga ini dari JKKK Pasir Gajah.

Bertempat di hadapan rumah tersebut pada jam 545 petang Jumaat 14 Jun 2013,Tuan Hj Mohd Nor Jusoh telah diberi mandat oleh KETENGAH untuk menyerahkan kunci rumah tersebut untuk diduduki.Pengerusi JKKK dalam pesanannya meminta agar keluarga ini menjaga keceriaan rumah dan kebersihan kawasan rumah.

Tiada ulasan: