Tapak rumah PPRT Pn Zaidah Jusoh
Kerja permulaan sudah dimulakan
Dah naik tiang rumah PPRT Pn Badariah
Kerja pembinaan Rumah PPRT Pn Badariah
Dah naik tiang rumah PPRT Pn Badariah
Kerja pembinaan Rumah PPRT Pn Badariah
23 Mei 2013,Penulis sempat meninjau dua buah kawasan rumah PPRT yang mula dibangunkan untuk penduduk Pasir Gajah yang berkelayakan.Rumah PPRT ini adalah merupakan permohonan yang telah diangkat lama oleh JKKK Pasir Gajah dan ianya diluluskan untuk pembinaan selepas PRU 13 .
Rumah yang terlibat ialah yang pertama permohonan milik Pn Zaidah Jusoh di Kg Hulu,seorang ibu tunggal yang aktif yang merupakan AJk JKKK Pasir Gajah dan Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Daerah Kemaman.
Permohonan kedua ialah rumah PPRT milik Pn Badariah@ Hamimah bt Othman,Kg Tengah Pasir Gajah,aktivis Wanita UMNO Pasir Gajah yang mana pembinaannya sudah mula dijalankan di atas tanah milik peninggalan ibubapanya.
JKKK Pasir Gajah akan sentiasa membantu penduduk kampung yang memerlukan rumah PPRT dengan membuat sokongan permohonan.Yang pasti,JKKK Pasir Gajah juga memerlukan sokongan padu semua penduduk dan penerima rumah PPRT agar tidak membelakangi JKKK dan melakukan sesuatu tindakan.Sama-sama bersama dan sealiran dengan pemerintah sekarang adalah suatu yang berfaedah buat penduduk kampung dan pemohon rumah PPRT.
Penulis sentiasa berharap kemudahan demi kemudahan bakal kampung kita nikmati selagi kita bersatu hati,tanpa penduduk...apalah sangat JKKK,dan tanpa sokongan penduduk apalah yang boleh kita nikmati melalui kerajaan yang kita sokong jika kita tak beri sokongan berterusan.Buktinya...dua rumah PPRT mula di bina selepas PRU 13.ANDA PENGUNDI BN yang HEBAT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan