Harapan...

Isnin, Mei 06, 2013

SOLAT HAJAT MOHON PERTOLONGAN ALLAH MEMENANGKAN BN DALAM PRU13 SERTA NEGARA TERUS AMAN

 Menanti imam Hj Pok Usop Kamaruddin mari
 Pak Ali veteran UMNO mengambil tempat sembahyang
 Jemaah bersama imam 
 Hampir 40 orang menanti untuk bersolat hajat
 Berdoa kepada ALLAH.....
Tunaikan hajat kami ya ALLAH....Amin

Pada 4 Mei 2013,bertempat di PDM pasir Semut Pasir Gajah,Sabtu jam 900 malam teah berlangsung solat hajat memohon pertolongan daripada ALLAH swt yang MahaBerkuasa memenangkan BN dan mensejahterakan negara yang disertai oleh 40 orang wakil penduduk Pasir Gajah.Solat hajat di imamkan oleh Tuan Hj Yusof bin Kamaruddin,imam besar masjid Pasir Gajah.

Turut bersama dalam solat hajat ini ialah Ketua UMNO Pasir Gajah Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh,SU UMNO En Mat Zaik ,AJK UMNO,AJK PDM beserta penduduk Pasir Gajah.Majlis solat hajat ini adalah perbuatan rutin BN dalam setiap PRU bagi memohon ke hadrat ALLAH memenangkan BN setelah segala usaha dan tenaga dicurahkan terhadap kempen.

Majlis berakhir dengan jamuan nasi minyak untuk semua yang hadir di PDM pada malam tersebut yang hanya berbaki beberapa jam lagi sebelum pukul 12 untuk tidak membolehkan kempen di jalankan.

Tiada ulasan: