Surat ditujukan kepada Pengerusi JKKK Pasir Gajah
Kepala Surat: PENGESAHAN
Ditandatanagi oleh Dato Nursiah binti Arshad
Pada 23 Mei 2013,Khamis,JKKK Pasir Gajah secara sahnya telah menerima surat Pengesahan sebagai kampung yang dipilih untuk program di bawah Desa Lestari Abad ke 21 KKLW yang melibatkan hanya 29 kampung sahaja di Malaysia.
Sesungguhnya surat ini membuktikan komitmen KKLW untuk menjadikan kampung Pasir Gajah sebagai kampung yang Maju dan Berpendatan Tinggi.Kini menjadi tanggungjawab seluruh RAKYAT Pasir Gajah untuk turut berganding bahu memastikan arah dan hala tuju ini menjadi realiti.
JKKK Pasir Gajah melalui Koperasi Warga Pasir Gajah Kemaman Berhad yang dipimpin oleh usahawan tersohor di Pasir Gajah iaitu Saudara Mohamad Saidi bin Abd Ghani,diberi tanggungjawab memikul tugas memacu kampung ini ke arah matlamat Kampung Lestari melalui peruntukan yang diberikan dan seterusnya menjayakan program ini.Sama-samalah kita berdoa ke Hadrat ALLAH s.w.t untuk seluruh kepimpinan koperasi agar berdaya maju dan berdaya usaha menjayakan program ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan