Harapan...

Rabu, Disember 01, 2010

GOTONG ROYONG BERSIH TANAH PERKUBURAN

Tanah Perkuburan Islam Pasir Gajah
Mengecat nisan
Tekun membersihkan kawasan perkuburan


Pada 5 Nov 2010,Jumaat jam 830 pagi,JK Khairat Kematian bersama JKKK serta penduduk Pasir Gajah telah mengadakan gotong royong membersih tanah perkuburan.Seramai hampir 100 rang telah hadir menjayakan program tersebut.

Tanah perkuburan Pasir Gajah yang terletak di Kg Laut ini merupakan tanah perkuburan utama selain dari tanah perkuburan bagi keluarga Jambi di Masjid Engku Hj Mahmood .Antara kerja yang dilakukan pada hari tersebut ialah membersih kawasan pagar,mengecat batu nisan dan meracun dan menebas rumput rampai yang ada di situ.

Gotong royong ini diadakan sebagai sebahagian daripada aktiviti kampung yang mengadakan gotong royong 4 kali setahun.Selain itu,ianya juga sebagai persediaan untuk pertandingan kebersihan kubur dan untuk lawatan sanak saudara sempena kedatangan sambutan aidil adha.

Tiada ulasan: