Harapan...

Khamis, Disember 02, 2010

JKKK KE MAJLIS BERSAMA TUN MAHATHIR

uAntara VIP yang hadir
YAB Menteri Besar bersama Ybhg Tun Mahathir
En.Mat Zaik dan En Mohd Salim....En.Anuar dan En Mat Zin
Antara AJK JKKK yang hadir,Saudara Jalil dan Osman
Bersiap menunggu kereta di wakaf Pasir Gajah

Pada 23 Nov 2010,seramai 30 orang penduduk Pasir Gajah bersama 10 orang AJK JKKK telah bersama hadir dalam majlis penduduk bersama Tun mahathir yang diadakan di Dewan Berlian MPK Kemaman.

Dalam majlis tersebut,Tun Mahathir telah menyampaikan syarahan yang membuka minda para
hadiran tentang perlunya perpaduan ummat Melayu.

Dalam ucapan oleh YBhg Tun turut menyentuh tentang perlunya orang melayu bersatu di bawah satu parti yang lebih besar dan telah menaburkan bakti yang banyak iaitu Parti UMNO.Perpecahan dikalangan Ummat Melayu dan Islam di Malaysia,kata Ybhg Tun amatlah merugikan dan perlu dipandang serius.

Majlis yang berlangsung jam 1030 pagi berakhir jam 1.00 tengahari yang mana dianggarkan seramai 3000 - 4000 orang telah hadir dalam majlis tersebut.

Tiada ulasan: