Harapan...

Khamis, Disember 02, 2010

MESYUARAT TKK 2010

YB bersama Pengerusi Tabung Khairat,Tn.Hj Ibrahim bin Mamat
Mesyuarat di jalankan
Ahli yang hadir
YB menerima cenderahati dari Pengerusi Tabung


Pada 11 Nov 2010,Tabung Khairat Kematian telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 15 dengan dirasmikan oleh YB ADUN Air Puteh,Tn Hj Wan Abdul Hakim.Seramai hampir 200 orang ahli tabung telah hadir dalam mesyuarat tersebut yang diadakan di Dewan Orang Ramai Pasir Gajah.

Dalam ucapan perasmian,YB telah memberi saranan agar ahli memikirkan cara menambahkan pendapatan tabung selain dari sumbangan yang sentiasa dihulurkan oleh YB.Dalam majlis tersebut juga,YB telah bermurah hati menghulurkan sumbangan sebanyak RM2000 kepada tabung ini.

Dalam majlis ini,pelantikan beberapa AJK telah dijalankan bagi menggantikan AJK yang berundur iaitu Timbalan Pengerusi disandang oleh En.Mohd Saidi Abd Ghani,Setiausaha oleh En.Mat Zaik b Mohd Yusof,Pen Setiausaha En.Abd Halim b Hj Yusof dan pemeriksa kira-kira ialah En.Azhar b A Rahman.

Tiada ulasan: