Harapan...

Jumaat, Mac 04, 2011

POLIS BERSAMA KETUA MASYARAKAT PASIR GAJAH

OCPD dan pegawai kanan polis IPD Kemaman
Timbalan Pengerusi JKKK berucap
Ketua kampung menerima sijil penghargaan
Jamuan yang disediakan
Bergambar kenangan

Pada 4 Mac 2011,Jumaat jam 900 pagi,satu program telah diatur oleh Ketua Polis Balai Pasir Gajah iaitu Pertemuan Ketua Polis Daerah dan Pegawai-pegawai kanan dari IPD Kemaman bersama ketua masyarakat Pasir Gajah bertempat di Balai Polis pasir Gajah.

Pertemuan yang diatur ini adalah bertepatan dengan slogan polis iaitu Mesra rakyat yang mana dalam majlis tersebut,anggota masyarakat dapat mengenali lebih dekat pegawai kanan polis Daerah Kemaman.Dalam ucapan Ketua Polis Daerah Kemaman OCPD Abdullah Sani menyatakan ini merupakan pendekatan polis iaitu turun ke akar umbi untuk mendekatkan diri anggota polis dengan masyarakat.

Turut hadir dalam program murni ini ialah Ketua kampung Pasir gajah,Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh,Timbalan Pengerusi JKKK En Mustafa Muda,S/U JKKK En Mat Zaik bin Mohd Yusof,Guru Besar SK Pasir Gajah,Pn Naslah,Ketua Rela Pasir Gajah En Mohd Jati Mat Zin,Ketua Kampung Paman En Abd Ghani,ahli JKKK dan Pengerusi Kooperasi Pasir Gajah Tn Hj Jantan Mohamad.

Dari kalangan Pegawai Polis yang hadir ialah Ketua Polis daerah,Tn Abdullah Sani,Timbalan Ketua Polis Tn Hj Abdul Malik,Tn Azlan,Tn Khairi,Tn Nik,Tn Hamzah,dan lain-lain pegawai lagi.
Majlis beramah mesra ini turut menyampaikan sijil penghargaan kepada pemimpin masayakat atas kerjasama kepada pihak polis.

Tiada ulasan: