Harapan...

Jumaat, April 22, 2011

KEDAI KAK TON MAKIN POPULAR

Suasana ringkas Kedai Kak Ton
Kak Ton dengan anak saudaranya yang cun...Lina
Kak Ton ...peramah orangnya

Kedai Kak Ton Pasir Gajah semakin popular di kalangan pengunjung belia dan remaja.Saban waktu,kedai Kak Ton yang terletak berhampiran Pusat E-Komuniti Pasir Gajah sentiasa sahaja dipenuhi oleh para pengunjung yang datang untuk menikmati pelbagai hidangan masakan panas.

Kedai Kak Ton dibuka awal pagi jam 6.00 pagi...banyak kueh mueh untuk sarapan pagi....tengahari pula ada masakan nasi untuk makan tengahari...dan petang...masakan panaslahhhh.Pukul 12.00 malam baru kak Ton Tutup.Kedai Kak Ton ada tukang masa special iaitu Mak Saamah....pandai masak..... dan tukang buat air...Zah klate yang peramah....

Anda boleh order sahaja apa yang anda ingin nikmati,ada nasi goreng ...ah ...beranekalah...ada mee goreng yang macam-macam...dari mamak kepada mee goreng basah.Ada mee rebus..ada nasi paprik dan lain-lain lagi.Nak minum pun ada macam-macam...dari teh o kepada air jagung,bandung dan macam-macamlah...

Kedai Kak Ton menjadi tempat golongan muda melepak hingga saban malam kalau ada perlawanan bolasepak Liga Inggeris....di sini ada ASTRO...boleh tengok sampai pagi....tapi kenalah order......bak kata pepatah...Tak Kenal Maka Tak Cinta....datanglah ke Kedai Kak Ton.

1 ulasan:

PENGERUSI berkata...

Astarafirullahhal Azim.....sekali kita menuduh orang lain....empat jari lagi menuding ke arah kita.....inagtlah.Marilah bersama menjaga keharmonian kampung....InsyaAllah,kita akan selamat duhai SILENT PROTES...Jauhi dari sifat yang tak baik itu.