Harapan...

Sabtu, April 23, 2011

YB PARLIMEN MENYAMPAIKAN SUMBANGAN

Majlis baru bermula
YB Dato Sri Ahmad Shabery menyampaikan ucapan
Pengerusi JKKK Pasir Gajah
Setiausaha JKKK Pasir Gajah seronok mendengar ucapan YB Dato Sri
Pengerusi JKKK menerima sumbangan dari YB Dato Sri

Pada 23 April 2011,Petang Sabtu jam 4.00 petang telah berlangsung Majlis Sepetang YB Dato Sri Hj Ahmad Shabery bin Cheek bersama Ketua-ketua UMNO dan Pengerusi JKKK dari Parlimen Kemaman.

Majlis yang turut dihadiri oleh Dato Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian,Tuan Pegawai Daerah Kemaman dan Tuan Setiausaha UMNO Bahagian Kemaman ini berlangsung dalam suasana santai dengan jamuan minum petang yang amat sesuai dengan majlis tersebut.Dalam majlis tersebut,YB Dato Sri Ahmad Shabery telah menceritakan senario keadaan semasa pilihanraya di Sarawak yang menampakkan keghairahan pembangkang mempergunakan isu tertentu dalam usaha menawan Sarawak.

Selain itu,dalam majlis tersebut juga YB Dato Sri Ahmad Shabery Cheek turut menyampaikan cek kepada semua Pengerusi JKKK /UMNO Cawangan yang hadir sebagai sumbangan.Pasir Gajah diwakili oleh Pengerusi JKKK iaitu Tn Hj Mohd Nor dan SU JKKK iaitu En.Mat Zaik. Majlis berakhir jam 530 petang.

Tiada ulasan: