Harapan...

Jumaat, April 22, 2011

KEJOHANAN MOTORCUB CROS PASIR GAJAH

Peserta mendaftar untuk perlumbaan
SU JKKK menyampaikan hadiah
Pelumba memulakan perlumbaan
Pengerusi JKKK menyampaakan hadiah kepada pelumba
Ketua RELA menyampaikan hadiah kepada En Alwi

Pada 22 April 201,Jumaat telah berlangsung Kejohanan Motorcub Cros Cabaran Pasir Gajah 2011 anjuran Kelab Copong motorcros Pasir Gajah yang diketuai oleh Saudara Alwi Pomen Motor.Kejohanan yang menarik minat ini turut disertai oleh pelumba-pelumba dari kawasan Kemaman yang dianggarkan lebih dari 30 orang.

Antara acara yang dipertandingkan ialah Cabaran Motocub Cros Terbuka,Cabaran Motorcub Cros handalan dan cabaran kategori biasa.Pertandingan yang julung kali diadakan pada tahun ini telah dijalankan di gelanggang motorcub cros kampung Laut Pasir Gajah.Turut menjadi penaja ialah JKKK Pasir Gajah,Badrulhisyam JUsoh {BHJ Interprise} manakala Mosag Interprise menaja alatan siaraya dan Kelab Copong Motorcross Pasir Gajah.

Perlumbaan yang bermula jam 830 pagi telah dilepaskan oleh Koperal Idres Atan,mewakili Ketua Polis Balai Pasir Gajah,manakala hadiah yang disampiakan jam 6.00 petang telah disempurnakan penyampaiannya oleh Setiausaha JKKK Pasir Gajah,En Mat Zaik bin Mohd Yusof,Pengerusi JKKK Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh,Wakil Balai Polis Pasir Gajah dan Ketua RELA Pasir Gajah saudara Mohd Jati Mat Zin.


1 ulasan:

PENGERUSI berkata...

Mengapa tak faham ayat....TURUT MENJADI PENAJA...ialah JKKK,maknanya ada banyak lagi agensi dan orang lain yang jadi penaja...tapi tak dinyatakan di sini......kalau dah akal BUSUK....memang begitulah...sentiasa tak faham ayat.SILENT PROTES jgn sakit hati....banyak2 beristigfa....