Harapan...

Isnin, Oktober 15, 2012

YB HAKIM TURUN PADANG LEPASKAN 413 EKOR ANAK TUNTUNG DI PASIR GAJAH

Pada 13 Oktober 2012,Sabtu jam 230 petang,telah diadakan satu program melepaskan seramai 414 dekor anak tuntung yang merupakan kerjasama JKKK pasir Gajah bersama Geng Tuntung Pasir Gajah dan Persatuan Pemuliharaan Tuntung Terengganu.

Program yang bermula jam 230 petang ini dimulai dengan kehadiran orang ramai,penduduk dan beberapa pelawat dari Chukai Kemaman bersama 3 tong besar anak tuntung dariu rumah Wazir di Kg Hulu Pasir Gajah.
Photo: Anak-anak Pasir Gajah......
Generasi pewaris....

aha.......gini rupanya....
YB berucap rasmikan program
Cik Chen terangkan sesuatu kepada YB
Kanak-kanak pun minat tuuuu

Bersama...pakat lepas niiii

Cik Chen bersama rakannya tiba bersama Wazir yang membawa tuntung.Tepat jam 300 petang YB Tn Hj Wan Abdul Hakim bin Wan Mokhtar ADUN Ayer Puteh telah tiba untuk menjayakan program melepaskan tuntung di Sunagi Kg Laut Pasir Gajah.YB telah disambut oleh Tn Hj Mohd Nor Jusoh Pengerusi JKKK Pasir Gajah bersama Cikgu Zaik,SU JKKK serta AJk JKKK Pasir Gajah yang lain seperti Samsul Hamid

,
 ,Ibrahim A Rahman,Asmida Rahman Nora Jusoh serta Abdullah Omar.Turut serta ialah Pegawai Perhilitan Daerah Kemaman.

Mikmati jamuan
Bersantai.....makan jamuan

Siap.....kanopipun dipunggah....

Selepas berucap secara ringkas dan merasmikan program YB bersama Cik Chen dan penduduk kampung telah bersama melepaskan 413 ekor tuntung ke dalam sungai yang berkebetulan airnya agak keruh kerana hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Majlis kemudian disudahi dengan jamuan ringan dan berakhir jam 500 petang.Alhamdulillah,cuaca hari ini amat baik,tidak hujan berbanding petang Jumaat.JKKK Pasir Gajah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada YB,Cik Chen,pelawat,Pegawai Perhilitan dan penduduk kampung kerana menjayakan program untuk selamatkan tuntung.


1 ulasan:

Chen berkata...

Cikgu Zaik memang cekap. Berita mengenai aktiviti di Kg. Pasir Gajah memang akan disiarkan dalam masa beberapa hari sahaja!

Saya bagi pihak Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura-Kura dan Penyu Malaysia, berterima kasih kepada JKKK Pasir Gajah dan seluruh warga kampung atas sokongan dan kerjasama semua selama 2 tahun ini.

Kami berharap kerjasama ini akan berkekalan!

Syabas!