Harapan...

Sabtu, September 29, 2012

MESYUARAT JKKK BULAN SEPT: SEMUA HADIR

 Dari belakang : Samsul,Jalil,Badrul,Kpl Azmi,Osman,Pak Abbas
 Dari Kiri : Mida,Habshah,Nora dan Zaidah
 Pengerusi,Timbalan Pengerusi dan Mida
 Imam Abbas terima sumbangan JKKK untuk menunaikan haji
 SU dan Pengerusi
 Pengerusi membaca catatan untuk dibincangkan
AJK mencacatkan apa yang dibincangkan.

Pada 27 Sept 2012,Khamis malam Jumaat jam 915 malam telah diadakan mesyuarat JKKK kali ke 9 bagi bulan September,bertempat di Bilik Gerakan JKKK pasir Gajah di Bangunan Pusat E-Komuniti Pasir Gajah.Dalam mesyuarat ini,turut hadir ialah wakil Polis Pasir Gajah iaitu Koperal Azmi.

Dalam mesyuarat ini,beberapa program telah dirancang iaitu Program Lepas Tuntung di Sungai Kg Laut pada 13 Oktober Jumaat jam 300 petang serta persediaan menghadapi Pertandingan GDW terbaik KETENGAH 2012.

Selain itu beberapa projek kampung turut dibentangkan iaitu Projek Pembinaan Padang FUTSAL di Pasir Gajah,Pembinaan longkang dan pagar hadangan di belakang gol padang bolasepak.

Mesyuata kali ini dihadiri oleh semua AJK.Dalam mesyuarat kali ini,majlis turut mendoakan agar imam Abbas bin Hj Mohd taib,AJK JKKK yang akan ke Tanah Suci Mekah pada 7 Oktober selamat pergi dan selamat kembali.JKKK turut menyampaikan sumbangan kepada Imam Abbas.Mesyuarat berakhir jam 1130 malam dan kemudian diikuti jamuan teh di Kedai Lina Pok Daud.

Tiada ulasan: