Tanah yang dicadangkan
Pengerusi JKKK bersama Cik Chen dan wakil persatuan
Kawasan ini perlu ditambak tanah....
Berbincang.....
Kawasan sebelah padang bolasepak
Pada 21 Sept 2012,JKKK Pasir Gajah bersama Turtle Conservation Society telah mengadakan perbincangan untuk membina sebuah tempat pemeliharaan tuntung di Pasir Gajah.Peribincangan berkisar kepada tempat dan tanah yang ada yang sesuai dibuat tempat tersebut.
JKKK Pasir Gajah yang diketuai oleh Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh bersama SU JKKK En Mat Zaik bersama Cik Chen dan 2 orang wakil dari persatuan tersebut telah memutuskan untuk membina tempat sentuari tuntung dikawasan bersebelahan padang bolasepak Pasir Gajah.
JKKK bersama persatuan tersebut akan memohon kebenaran dari pihak Pejabat Tanah Daerah Kemaman untuk mendapatkan kelulusan tanah tersebut.Sama-samalah kita doakan agar usaha murni ini mendapat kejayaan.
1 ulasan:
Cikgu Zaik, kami telah mengemukakan dokumen yang berkaitan ke Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman dua hari selepas perjumpaan kami.
Ketua Penolong Pentadbir Tanah telah bersetuju untuk membuka fail kami, dan harap-harap permohonan kami akan diberikan pertimbangan sewajarnya :D
Jumpa lagi pada hari Sabtu depan ya?
Catat Ulasan