Harapan...

Jumaat, September 21, 2012

PERTANDINGAN CUB CROSS DI PASIR GAJAH DIHADIRI OLEH YB ADUN

 Banner
 Peserta Cub Cross
 Peserta berkumpul selepas perlumbaan
 Antara motorcross yang menyertai perlumbaan
 Hadiah....
 Penonton yang hadir
 YB menyampaikan hadiah
 Peserta yang memenangi pertandingan
 YB menyampaikan medal
 Ketua Kelab Copong Motocross...Luwi
 MADI....Juara Cub Cross Pasir Gajah 2012
YB bersama penganjur dan pemenang

Pada 21 Sept 2012 Jumaat bermula jam 900 - 600 petang telah dilangsungkan Perlumbaan Cub Cross  Pasir Gajah Tertutup Daerah Kemaman.Perlumbaan yang diadakan di gelanggang Kg Laut Pasir Gajah ini telah disertai oleh hampir 30 orang peserta dari seluruh daerah Kemaman.

Seain dari itu,turut diadakan ialah tertutup Pasir Gajah Perlumbaan Bike Cross yang terdiri dari kanak-kanak berbasikal dari Pasir Gajah.Perlumbaan akhir yang diadakan pada pukul 500 petang telah dilepaskan oleh YB Tn Hj Wan Abdul Hakim bin Wan Mokhtar ADUN Ayer Puteh.

Perlumbaan tamat jam 530 petang dan majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB ADUN Ayer Puteh.Turut serta dalam majlis ini ialah Ketua Kampung Pasir Gajah Tn Hj Mohd Nor Jusoh bersama AJk JKKK Pasir Gajah.

Tahun ini,perlumbaan telah dimenangi oleh Madi KMX dari Bukit Mentok yang membaca pulang Medal,Piala Pusingan dan wang tunai RM300.00.Tempat kedua pula ialah Luwi Copong Clubmotocross Pasir Gajah,Ketiga Along Ayer Putih,keempat Pomen Air Puteh,kelima Naza Ayer Puteh,keenam Nazri Pasir Gajah,ketujuh Udin Pasir Gajah,kelapan Apih black Pasir Gajah,kesembilan Zukri Ayer Putih dan kesepuluh Mohd Sabri Ayer Puteh.Hadiah tahun ini adalah sumbangan dari YB Tn Hj Wan Abdul Hakim bin Wan Mokhtar,ADUN Air Puteh,manakala pembinaan trek untuk perlumbaan diusahakan oleh JKKK Pasir Gajah,siaraya pula oleh Rosli Yusof dan urusetia pula oleh Copong Motosport.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SEmoga kampung tuan sekses selalu dengan pelbagai aktiviti