Harapan...

Selasa, September 11, 2012

KEBAKARAN DAPUR RUMAH ZAIDAH MENDAPAT PERHATIAN JKKK PASIR GAJAH

 Tn Hj Mohd Nor mendengar cerita dari Pn Zaidah
 Dapur yang rosak
 Tingkap yang terbakar
 Pendawaian elektrik pun rosak
 Kesan kebakaran
 Alatan dapur yang rosak
JKKK hulurkan sumbangan

Pada 8 Sept 2012,Sabtu,Penulis dimaklumkan melalui sms bahawa dapur rumah seorang AJK JKKK Pasir Gajah,Pn Zaidah Jusoh mengalami kebakaran kecil .Kebakaran yang berlaku jam 4.00 pagi disebabkan Pn Zaidah terlena seketika semasa memasak air gula untuk Jamuan Raya JKKK Pasir Gajah di sebelah petang nanti.

Kebakaran yang disedari oleh jiran dapat dipadamkan.Bomba yang tiba 20 minit kemudian telah membantu memadamkan kebakaran kecil itu.Antara yang rosak ialah pendawaian letrik,dapur,periuk, pinggang mangkuk ,tingkap nako dan beberapa peralatan lain.

Pada 11 Sept 2012,Selasa,JKKK Pasir Gajah yang diwakili oleh Pengerusi JKKK Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh bersama Setiausaha En.Mat Zaik dan bendahari JKKK Ibrahim@Harun telah mengadakan tinjauan dan melahirkan rasa simpati atas apa yang belraku.JKKK juga turut nenyumbangkan sedikit kewangan bagi keperluan Pn Zaidah.

Tiada ulasan: