Harapan...

Jumaat, Disember 14, 2012

4 AJAK GDW HADIRI KURSUS DESA LESTARI DI BANGI SELANGOR

 Slide Program
Antara AJK yang hadir,Jalil,Hj Mohd Nor dan Mustafa

Pada 6 Disember 2012,4 orang AJk GDW telah berpeluang menghadiri kursus anjuran INFRA di Pusat Latihan Infra di Bangi Selangor.Antara ajk yang hadir ialah Pengerusi GDW Tn Hj Mohd Nor,Timbalan Pengerusi GDW En Mustafa Muda,AJk GDW En Ibrahim bin A Rahman dan En Jalil bin Daud.

Kursus yang bermula hari Khamis dan berakhir pada hari Jumaat dihadiri oleh 29 Kampung diseluruh Malaysia.Kursus yang objektifnya memberi peluang kepada Pasir Gajah untuk berdaya maju di bawah satu usaha memajukan tanah terbiar dengan peruntukan antara 1 hingga 5 juta ringgit.

Pasir Gajah yang telah mempunyai koperasi diberi peluang untuk dimajukan di bawah nama Koperasi Warga Pasir Gajah dengan projek utamanya ialah penanaman kelapa sawit seluas 150 ekar di kawasan yang telah dikenalpasti oleh GDW dan pihak KETENGAH serta pihak pengurusan Program Desa Lestari.

Sama-samalah kita doakan kepada ALLAH s.w.t agar projek jutaan ringgit di bawah Kerajaan Barisan Nasional yang berjiwa KEBAJIKAN sejak dari dahulu lagi ini dapat dilaksanakan di kampung kita tanpa ada kerenah birokrasi dan permasalahan dalaman,kerana GDW yakin dengan kebolehupayaan BN memberikan keutamaan untuk RAKYAT Pasir Gajah tahun hadapan.Sama-samalah kita pastikan kerajaan BN akan terus memerintah Negara Malaysia yang AMAN ini selama-lamanya.

Tiada ulasan: