Harapan...

Jumaat, Disember 28, 2012

YB MENTERI BELIA DAN SUKAN ZIARAH KELUARGA KEHILANGAN ANAK LEMAS SEMASA BANJIR

 En Mohd Nasir menceritakan peristiwa yang berlaku kepada YB Menteri
 Pengerusi JKKK turut bersama YB dan Senator Hjh Rohani
Senator Hjh Rohani bersama YB Menteri mendengar cerita dari Pn  Daliza
YB Menteri menyatakan sesuatu kepada Pn Daliza
Tn Hj Mohd Nor turut sama ke rumah Pn Daliza

Pada 28 Dis 2012 jam 210 petang,YB Dato Sri Hj Ahmad Shabery bin Hj Cheek,Menteri Belia dan Sukan Malaysia bersama rombongan telah singgah dan mengadakan lawatan ziarah ke rumah keluarga yang menerima musibah kehilangan anak lemas semasa banjir pada hari Rabu lalu.YB Menteri diiringi oleh YB Senator Hjh Rohani,Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kemaman Saudara Mohd Hisyam Zubir.

YB Menteri sempat berbual dan bertanya khabar tentang peristiwa yang berlaku apabila berkunjung ke rumah En Mohd Nasir bin A Hamid dan isterinya di Rumah Murah Pasir Gajah serta ke rumah Pn Daliza di Kg Laut.Dalam majlis tersebut YB Menteri telah menghulurkan sumbangan sebagai tanda takziah kepada kedua-dua keluarga tersebut.

Turur mengiringi kunjungan YB Menteri ialah Pengerusi JKKK Pasir Gajah Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh bersama AJK UMNO Cawangan Pasir Gajah,AJK Wanita dan penduduk yang berdekatan.Lawatan berakhir jam 250 petang.

JKKK Pasir Gajah bersama UMNo Cawangan Pasir Gajah mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian YB Menteri turun padang untuk turut sama mengucapkan takziah.Inilah kepimpinan BN yang sentiasa mendahulukan RAKYAT walaupun dalam kesibukan dan dalam keadaan yang tidak menentu cuaca ini.Berikanlah kepercayaan kepada BN untuk terus menerajui negara MALAYSIA ini.

Tiada ulasan: