Harapan...

Jumaat, Disember 28, 2012

BERITA KEMATIAN 2 PENDUDUK SEMASA BANJIR DI PASIR GAJAH


3 lagi maut banjir di Terengganu

Posted on the December 28th, 2012 under Tempatan by 
KEMAMAN – Keadaan banjir di Terengganu khususnya di Kemaman kian buruk dengan tiga lagi terkorban, menjadikan mangsa lemas di negeri itu meningkat kepada enam orang.
Dalam kejadian di Kampung Hilir Pasir Gajah, Air Putih, mayat dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dadong, Mohd Ezami Hakim Mohamad, 15, dan rakannya, Muhammad Hafiz Mohd Nasir, 14, yang lemas ditemui kira-kira jam 10.30 malam tadi.
Kedua-dua mangsa lemas kira-kira jam 4.30 petang semalam semasa cuba menyelamatkan tiga rakan mereka yang dihanyutkan arus deras ketika mereka sekumpulan bermain air.

Tiada ulasan: