Harapan...

Khamis, November 24, 2011

BANJIR MULA MELANDA PASIR GAJAH

Air melintas jalan di kawasan pembinaan lebuhraya Bt 10.
Kanak-kanak bermain air di simpang Kg Laut- Rumah Murah



Air di jalan pintasa tanah Lot


Bermain air di jalan hadapan Bengkel Hashim



Air di persimpangan Kuala Tayor



Pada 24 NOV 2011 Khamis,setelah hujan yang berpanjangan sejak hari Isnin lagi,maka pada hari Khamis,Kampung pasir gajah telah mula dilanda banjir.Beberapa kawasan yang biasanya ditenggelami banjir telah mula melimpahkan airnya.

Sepetang,SU Zaik bersama Bendahari JKKK Haron @ Ibrahim dan AJK Kebajikan JKKK Salim telah meronda kawasan kampung untuk melihat keadaan air.



Jalan Kampung laut ke Kg Tengah mula terputus,air sudah melintas jalan sedalam 1 meter.Manakala jalan dihadapan Kedai Hashim Pomen ke Balai Polis pasir gajah pun sudah dinaiki air sedalam 0.4 meter.Jalan sekolah pun sudah ada air sedalam 0.3 meter dan jalan ke Bt 10 pun ada air juga.


Jalan mula terputus apabiula di Sg Pinang sudah dinaiki air sedalam 1 meter.Jalan di Simpang Kuala tayorpun ada air sedalam 0.5 meter.Cuma penduduk Pasir gajah masih boleh ke Cukai melalui jalan Mardi ke paman sahaja.Penduduk dari Seberang tayor tak dapat ke Cukai kerana ada air di Bt 16 dan simpang Kuala tayor.Buat masa ini,tiada perpindahan lagi oleh penduduk pasir Gajah.

Tiada ulasan: