ZS Kedai Gunting Rambut di Pasir Gajah
Apabila anda berkunjung sahaja di Pasir Gajah,sebut sahaja nak gunting rambut...penduduknya pasti akan meminta anda berjumpa dengan seorang indsan yang pandai gunting rambut.Dia tak lain tak bukan ialah En.Mohd Salim bin Abd Hamid.
Memulakan karier sebagai tukang gunting rambut sambilan di rumahnya pada tahun 2006,rakannya telah mendapati Mohd Salim berbakat.Rakannya bersama Mohd Salim telah berusaha membuka sebuah kedai gunting rambut yang dikenali sebagai ZS Kedai Gunting Rambut yang terletak di Wakaf Hadapan Klinik.Bermula tahun 2007,maka beliau telah menjadikan karier dan kebolehannya menggunting rambut sebagai salah satu sumber pendapatan samblan di sebelah petang setelah pulang dari kerja.
Kini setelah ditamatkan kerja sambilannya sebagai kakitangan kontrak di sekolah pada tahun 2009 lalu,Mohd Salim telah berjinak memberanikan diri menggunting rambut di Casa Limbong.Beliau telah dikenali ramai di Casa Limbong iaitu di Kedai Gunting Yusof di tingkat atas Casa Limbong.
Sesiapa yang berhajat nak menggunting rambuty...datanglah ke Kedai ZS Gunting Rambut di Pasir Gajah atau di Kedai GUnting Rambut Yusof di Casa Limbong....akan bertemulah debngan jejaka handsome yang bernama Mohd Salim ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan